Thursday, May 30, 2013

Isu JavaScript Antara Domain

Salam,

Lama tak post disini. terasa sibuk yg tak produktif.

saya menghadapi isu bermain dengan javascript apabila memerlukan perhubungan antara domain berbeza.

Sebagai contoh, javascipt di 'origin.site.com' memerlukan/memanggil sumber lain dari 'server.site.com' melalui panggilan XMLHttpRequest(AJAX).

Untuk isu keselamatan, javascript akan menidakkan perhubungan antara domain.

Tetapi jika anda mempunyai kuasa untuk mengubah sumber dari server dimana javascript itu dipanggil, ini ada penyelesaian mudah.

Tambah ini di kepala(header) document anda.

PERL/CGI:

print "Access-Control-Allow-Origin: *"

PHP:

header("Access-Control-Allow-Origin: *")

*diatas ini contoh untuk anda melihat bagaimana ia berfungsi. tetapi config diatas ini membenarkan dokumen anda dicapai oleh semua orang. untuk menhgadkan capaian, anda boleh meletakkan maklumat url yg mencapai dokumen anda. sebagai contoh:

PERL/CGI:

print "Access-Control-Allow-Origin: http://origin.site.com"

PHP:

header("Access-Control-Allow-Origin: http://origin.site.com")

* asingkan mengunakan ',' untuk lebih dari 1 capaian.

Ya, anda juga boleh memanipulasi ini dari bahasa pengatucaraan anda untuk disesuaikan dengan pengunaan & keadaan.

Happy Coding