Monday, December 19, 2011

MYNIC DNS update

Mudah sebenarnya utntuk menukar nameserver domain name kita di MYNIC(domainregitsry.my).

TETAPI jika anda tahu dia punya law/peraturan.

Hanya Technical contact shj boleh tukar nameserver domain kita.

username & password anda i mynic adalah unik. ia di hubungkan mengunakan code(contact code, registran code etc..) ia memudahkan sebenarnya. code itu kita boleh guakan di maklumat registran, billing & technical contact. tak perlu taip berulang kali.

Oleh itu kalau nak buat perubahan teknikal, kita kene login gunakan username & password dan beserta code telah diassign utk kita. baru la kita boleh mengemaskini maklumat teknikal yg diperlukan.

Kepada saya yg biasa API utk update sebelum ni, dan kene buat secara manual agak kelamkabut skit td. tapi alhamdulillah dpt gak setelkan.

Monday, December 12, 2011

Happy Birthday To Me

Happy Birthday to me.... terlalu sibuk bulan ni... may be next month baru bleh sambut..... semoga dipermudahkan segala urusan ku...... amin....

*p/s... tq to my wife sebab dah bg advanced hadiah semalam... sepasang kasut casual.... gantikan kasut aku yg hilang kene sebat dek puncuri....

Tuesday, November 29, 2011

Post to Twitter Using Perl

Salam,

cara paling mudah so far nak post ke twitter.com dari perl script.

guna module Net::Twitter::Lite dari cpan.

  
use Net::Twitter::Lite;

my $nt = Net::Twitter::Lite->new(
 consumer_key        => '',
 consumer_secret     => '',
 access_token        => '',
 access_token_secret => ''
);

my $result = eval { $nt->update("$tweettext") };
if($@){
 print "Problem when posting Ads to Twitter.com\n";
 print "$@\n";
}else{
 print "$result";
}

* untuk key & token boleh dapat dari twitter developer punya section. hanya pelu register kita punya apps.

Saturday, November 26, 2011

goo.gl utk link pendek

Sebelum ni aku ingatkan url pendek@tiny url yg biasa org pakai tu kene register kat mana2 database or domain hosting. rupa2nya x perlu... mudah je nak buat.

seperti biasa aku pakai Perl/CGI. install module WWW::Shorten::Googl from search.cpan.org

use WWW::Shorten::Googl;
use WWW::Shorten 'Googl';

$short_url = makeashorterlink($long_url);

$long_url  = makealongerlink($short_url);

# Note - this function is specific to the Googl shortener
$stats = getlinkstats( $short_url );

SImple je kan... amat membantu bila nak post url dkt twitter..

Saturday, October 15, 2011

Trip Ke Perak Oct 2011

Terlanjur ada kerja sikit di perak & akak ada voucher percuma stay di Bukit Merah Lake Town Resort, aku bawak sekali wife & anak2 + adik ipar aku yg baru abis PMR.

lebih kurang 700KM gak la total perjalanan. tu pun bertambah sebab ada plan terkejut menyimpang ke Cameron Highlands. Seumur hidup ni la kali pertama menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.

Sebelum sampai Bukit Merah, sempat gak la menyinggha ke kuala sepetang untuk mencuba Mee Udang yg femes tu.

Bukit Merah Lake Town Resort, tempat OK... but tak segah namanya la... pada aku la.... but anak2 have fun dkt waterpark (even waterpark aku rasa better lg Bukit Gambang).

post berikut nya nanti aku postkan gambar2 yg kami snap sepanjang trip terkejut kali ni.

Penat gak la... sampai hari khamis tu dah mlm... hehehhee...

Thursday, September 22, 2011

Javascript: Detect if inside iframe

Simple javascript untuk detect samaada page berada didalam iframe.

if(top != self) {
     alert('your inside frame');
}

PerlMagick: Annotate slow when query font

Aku facing masalah slow processing bila bermain dgn Annotate under ImageMagick.

pening gak cari punca masalah ni... tapi last sekali jumpa. berpunca dari imagemagick nak query font.

solution, define terus path ke font file. baru kembali laju...

$image->Annotate(font => "/Library/Fonts/MyriadWebPro.ttf",pointsize=>15, text=>"$txt",geometry=>'+705+272');

* nak selamat, copy terus font file (*.ttf) ke working folder. so bila kita copy script ke machine or server lain. x la ada isu timbul bila font yg kita define tak ada dlm machine or server baru tu.

Monday, September 19, 2011

Sambal Belacan

MInggu lepas kami berkumpul adik beradik. Abg Tapa nak kahwinkan anak dia. mlm sebelum majlis kami tidur di rumah kak Ani, Tak la jauh sgt dr rumah Abg Tapa, dipisahkan sebuah taman perumahan sahaja.

Selepas membantu mlm tu kami ke rumah kak Ani. sebelum tidur sembang-sembang dgn kak Maya, Kak Gee, Abah & anak2 buah yg lain. mak tido rumah abgtapa mlm tu.

Dgn teh O & Teh Tarik kak Ani buat kami menyembang la sambil menghabiskan sup daging yg dibekalkan abg Tapa td nya.

sembang punya sembang sampai la topik mimpi. hahahahaha... keluarla cerita mimpi abah sebelum ni...

Mak mengadu, bangun-bangun tido abah nampak mcm marah kat mak. mula2 bila mak tanya abah ckp x de apa2. tapi kalau dah suami isteri mesti sedar punya kalau ada apa2 yg lain dgn pasangan kita. akhirnya abah pun bukak mulut.

sebenornya, Abah mimpi mlm sebelumnya. dlm mimpi tu abah ckp kat mak... (lebih kurang mcm ni la citernya.. tapi ayat may be x sama la..)

"Kalau dapat makan sambal belacan mesti sedap ni..." kata abah...

"Ye sedap, tinggal makan.. tak keluar modal..bla..bla..bla.." kata mak pulak..

Abah punya sentap dgr ayat dari mak tu terus merajuk sampai kat alam nyata... padahal perbualan tu hanya dlm mimpi abah jer...

tu yang sampai pagi tu abah merajuk dgn mak... hahahahahahahahaha..... mak tak tau nak ckp apa... hehehehehhee

kadang2 mimpi ni bahaya gak kan... boleh mendatangkan kesan hingga ke alam nyata.

kami yg mendengar mlm tu pakat gelak x hingat... lepas tu start la keluar cerita pasal mimpi yg lain... dkat kul 2 pg baru kami bersurai g tido.. sebab esok nya nak kene bangun pagi antar org nak menikah... hahahhahahaha

Apapun.. nasib baik mimpi sahaja... Abah & Mak ok jer...

Sayang Mak & Abah sgt-sgt.

Saturday, September 10, 2011

Beg Laptop 17"

Beg laptop aku dah koyak... 6 bulan je pakai.... hahahaha... ok la tu RM30 jer beli kat sempadan sarawak-kalimantan masa outstation bulan 4 haritu.... hehehehhe... jenama x hengat... Harley Davidson tu.... kehkehkeh...

apapun aku dah target beg ni:

payah skit nak mencari beg laptop yg muat laptop 17"... sblm ni aku main sumbat je aku punya MBP kat dlm beg sandang aku... kene paksa skit nak bagi masuk.. tu yg buat mudah koyak..

next month insyaallah aku rembat.... hahahahhaa

Saturday, August 27, 2011

[checkperlmodules] The perl module Mysql could not be installed.

Salam,

Selepas upgrade perl dari version 5.8.8 ke 5.14 ... ada beberapa isu yang timbul... seprti sebelum ni berkaitan symlink exceutable file untuk perl.

sekali dgn itu gak ada 1 lg isu, isu berkaitan Mysql.PM ... Tajuk error dia

[checkperlmodules] The perl module Mysql could not be installed.

This module is required by cPanel, and the system may not function correctly until it is installed, and functional. Below is the results of the auto-install attempt:

Test Run
==============
Can't locate Mysql.pm in @INC (@INC contains: /opt/perl5.14/site/lib /opt/perl5.14/lib .) at - line 1. BEGIN failed--compilation aborted at - line 1.

nampak seperti module utk perl ber kumunikasi dgn mysql ada masalah. tetapi aku dah install DBD::mysql & DBI tanpa ada masalah. kalau tgk dr log klau dia exec $>cpan install Mysql dia akan mencari module DBD::mysql version 4.**38** idicate version lama punya perl module yg ada Mysql.PM di main lib dia.

Aku try post dkt forum cPanel.. tapi hampeh x de respond... mentang2 la aku noob kat situ... haram depa nak layan... x per.....

as aku punya script semua jalan without a problem... apa aku buat utk counter bende ni adalah... aku edit file

/scripts/checkperlmodules

pegi ke line 132, dah remove line yg ada "Mysql" dlm qw(). so far aku tak dpt lg notification failure tu lg...

aku akan update klau ada error lain timbul plak nanti....

Tuesday, August 23, 2011

cPanel - PERL not properly linked

Aku dpt error ni dari cPanel server client.

ini berpunca dari aku update PERL version dkt server cPanel tu.

ERROR 1,

The perl binary at /usr/bin/perl should be a symlink to /usr/local/bin/perl to ensure that all scripts execute with the same perl version. This condition has been linked to a number of hard-to-diagnose issues in the past.

To resolve this issue, rename the current /usr/bin/perl and create a symlink pointing to /usr/local/bin/perl.

cd /usr/bin
    mv perl perl-backup
    ln -s /usr/local/bin/perl perl

ERROR 2,

This module is required by cPanel, and the system may not function correctly until it is installed, and functional. Below is the results of the auto-install attempt:

Test Run
==============

Can't locate Mysql.pm in @INC (@INC contains: /opt/perl5.14/site/lib /opt/perl5.14/lib .) at - line 1.
BEGIN failed--compilation aborted at - line 1.

after tanya pakcik google, aku jumpa satu tips/rujukan yang mengatakan /usr/bin/perl mestilah symlink ke /usr/local/bin/perl ataupun /usr/bin/local/perl symlink ke /usr/bin/perl .... dimana salah satu mestilah symlink dah satu lagi executable file.

kalau megikut post aku berkaitan update PERL diserver cPanel sebelum ni mmg x da masalah utk script semua run. cuma cPanel ada isu bila kedua2 perl file di /usr/bin/perl & /usr/local/bin/perl merupakan symlink yg aku point ke location baru perl version 5.14.* di /opt/perl5.14/bin/perl

So apa aku buat. juat copy perl execytable file dr /ot/perl5.14/bin/perl ke /usr/local/bin/perl

so far x de masalah.

Saturday, August 20, 2011

Cpanel - Apache's vhosts logs file

cPanel's location for apache logs are as follows:

Vhost logs:

/usr/local/apache/domlogs

Apache main logs:

/usr/local/apache/logs

Thursday, August 18, 2011

ImageMagick + Perl + CentOs 5

Salam,

Post sebelum ni aku ada tulis mcamana utk upgrade perl dari 5.8.8 ke 5.14. sebab utama aku upgrade adalah kerana isu yang timbul berkaitan imagemagick.

Seperi yang sedia maklum ImageMagick merupakan satu aplikasi untuk memanipulasi imej yang menyediakan API utk bahasa2 programming berkomunikasi dgn nya. aku byk pakai image magick utk bermain dgn image seperti buat thumbnail, resize, crop, copyright overlay etc.

untuk install ImageMagick memang tak banyak masalah. kalau redhat @ centos kita bleh pakai YUM. memang mudah. cuma biasanya masalah timbul bila nak install PERL Module Image::Magick.

antara tips yang boleh aku share, sila pastikan kita install PERL Module version yang sama dgn version ImageMagick. kalau imagemagick version 6.2.8 pastikan kita download Perl Module version yg sama.

biasanya kita mistake bila nka install PERL Module terus pakai CPAN. akan ada masalah, sebab cpan akan ambik version paling latest. manakala ImageMAgick it self belum tentu yg latest kita install. bergantung kepada YUM server yg hostkan rpm file tu. normally yum or sever yg lebih krang serupa dgn tu dia x provide latest version. ini kerana mereka akan menyediakan apps yg compatible & dah di pre compile utk OS tertentu.

cara paling selamat,

  1. download ImageMagick zip file mengikut version yg kita dah install.
  2. extract zip file.
  3. pergi ke folder PerlMagick
  4. make dari situ.

mcm masalah yg aku hadapi... walau mcmana sekalipun aku make.. semua fail... tukar version... semua fail... sebab ada missing c comliper something....bla..ba.bla....

tu yg aku cuba nasib install perl version paling lates... pastu reinstall latest ImageMagick dr YUM.... dan reinstall Image::Magick dari cpan.... alhamdulillah semua berjalan lancar.....

Wednesday, August 17, 2011

Perl Upgrade on CentOs + cPanel

Salam,

subscribe VPS utk client, hari ahad lg dah dpt server. ada few issue yg melambatkan prosess configuration. paling tension issue perl + imagemagick. imagemagick ni mmg mengarut skit dia punya setting. dari windows, macos & linux.... bernasib baik la sapa2 yang boleh install berjaya pada cubaan pertama..

this issue aku dpt solve dgn upgrade perl v5.8.8(yg dtg sekali dgn server) ke perl v5.14 latest version dari ActiveState.

bawah step2 utk upgrade perl ke version 5.14

Check the current version of Perl

perl -v

If the older version of Perl is running on server, you get an output something like,

This is perl, v5.8.8 built for x86_64-linux-thread-multi

Steps to Upgrade perl version

1) Download the latest perl installer from ActiveState site.
http://www.activestate.com/activeperl/downloads

wget http://downloads.activestate.com/ActivePerl/releases/5.12.4.1205/ActivePerl-5.12.4.1205-x86_64-linux-glibc-2.3.5-294981.tar.gz

2) Extract the archive file as,

tar -zxvf ActivePerl-5.12.4.1205-x86_64-linux-glibc-2.3.5-294981.tar.gz

3) Change the directory to ActivePerl-5.12.4.**

cd ActivePerl-5.12.4.**

4) Now run the installer file as,

./install.sh

5) Check perl modules

/scripts/checkperlmodules

6) Force cPanel update

/scripts/upcp -–force

7) Check the new installed perl version using “perl -v” and you get an output something like,

This is perl 5, version 14, subversion 1 (v5.14.1) built for x86_64-linux-thread-multi

complete...

Friday, August 12, 2011

Lebih Malang

Pagi tadi aku buat lawatan sedekah jariah lg ke workshop. alternator kete aku kaput... alang2 bukak cek sekali semua belting & bearing... main bearing aku pun dah start mengong.. tukar gak... ada problem dgn idling bila on aircond... FICD kaput tukar gak...

kereta aku gak yg beraya dulu kat workshop... RM400++ jugakla abis pg td... tu pun aku mula2 rasa yg aku ni betul2 malang.. time nak raya selalu sgt kete rosak.... sehinggalah dtg sebiji kereta ke workshop masa aku tgh menunggu pomen kerjakan kereta aku...

adik ni ngadu... dia nak pegi kerja pg td. tiba kat seksyen 23/24 ada satu bangla *&^%$# lintas jalan tak tgk kiri kanan... dgn baik hati adik ni ngelak .. dia plak yg langgar devider tepi... kalau tgk secara kasar mmg body x da kesan sgt... sekali cek... dgn lower arm... absober.. driveshaft .. rim depan belakang belah kiri... perghhhh!!!! dia punya check list.... telan air liur aku dgr..

sian adik tu.. nak2 raya... bila kira2 ... utk belah depan kiri shj makan dlm RM1500++... belum lg belah tayar belakang kiri.... tak termasuk rim champion dia yg aku rasa sure baling tong sampah je... bengkok gila babai punya...

sedey je muka dia... x sampai ati aku tgk... last2 dia kata x jadi betulkan simpan kat rumah dulu kereta tunggu ada duit baru betulkan. sian sungguh aku tgk....

pastu adik tu buat satu statement baik punya.... "Kalau saya tahu mcm ni bang... saya langgar je mamat bangla tu.. mampus2 pun puas hati dari saya sorg tanggung bende ni... paling kuat pun bumper & hood je kemek..." ... aku x terkata apa....

bila adik tu blah aku terasa masih besyukur kete aku x seteruk kete adik tu..... sian dia.. nak2 raya... bersabar je la dik...

2 minggu gak kete aku x begerak... seksa minjam kete org...

Wednesday, August 3, 2011

Laptop & Notebook

Salam semua,

Belum terlambat mengucapkan selamat menyambut Ramadhan.

Tadi aku tetiba teringat kepada 'arwah' laptop2 aku sebelum ni. most of them laptop, sebab aku mengunakannya sebagai workstation aku. aku x pernah mempunyai notebook.

Ada beza antara notebook & laptop. notebook biasanya lebih kepada look & feel, nipis, kecik, tiada cd/dvd rom/writer etc...tetapi spec/kemampuan nya terbatas.. and kalau ada yg power sekalipun harganya cukup utk membuat kidah terjelir... hehehehe..

Manakala laptop pula mempunyai spec/kemampuan hampir sama dgn komputer peribadi(desktop).. CD/DVD R/R... graphic yg power etc.... cuma ia mudah alih tidak seperti komputer peribadi. size bermula dari 14" - 17"....

berlalih kepada 'arwah' laptop2 aku.... aku mmg mengunakan sepenuhnya laptop2 aku... biasanya sampai ke titisan darah terakhir... sampai x boleh on baru la aku bg status 'arwah' .... kebiasaannya laptop aku on almost 24/7.... aku buat system development, bila nak tido biasanya aku x off..sebab aku akan run script, cron or sql command yg memerlukan waktu yg panjang dan CPU resource yg tinggi. mmg aku kerjakan betul2 la semua laptop aku tu.

Mula2 aku start keje aku pakai desktop... pertengahan tahun 2001.... tapi bila start keluar kene bg presentation kat client etc... boss aku turunkan laptop DELL dia waktu tu...

here goes my previous laptop, serve me well.. thanxs..

Laptop pertama akuu DELL.... aku x ingat model apa.. tapi tebal x hengat... display pun dlm 10"/11" jer... dgn laptop ni la aku start jatuh cionta dgn PERL... dan dgn laptop ni la aku buat presentation system semesta akhir aku. laptop ni x hancur kat tgn aku... aku passkan laptop ni kat officemate aku waktu tu. pastu aku x tau citer dah... bila aku pass kan officemate au dpt laptop asus pun dipasskan kepada aku dari boss aku...

Asus ni best... design mmg out... boxy ... pastu pakai AMD... 1st time aku pakai AMD... tapi lasak mmg x hingat betul... setakat jatuh x de mende... x pernah mengecewakan aku bila buat system development... cuma satu aku upset dgn AMD bila tiba bab VIDEO editing.... slow.... compare dgn INTEL... aku prefer intel bila bab VIDEO editing. asus ni aku pakai sampai rabak.... motherboard kong.... hanrd disk kong.... body retak... etc...... hahahhahaha.... pastu aku dpt plak toshiba satellite.

Toshiba satellite 3000-*** aku x ingat sub series dia.... laptop ni aku respect dia punya display... mmg superb... kalau tgk movie mmg best... diplay dia enhancekan gambar sampai tahap cipan betul.... hinggakan aku selalu tertipu bila buat graphic. dkt laptop ni dah lawa gila la... tapi bila tgk kat laptop or pc lain... hampeh dia punya output warna ..... tipah tertipu..

kelemahan paling besar dkt model toshiba ini adalah... grpahic card/display nya yg power itu sendiri... ada masalah antara graphic card & motherbord. 3x masuk workshop utk ganti bende tu... sekali masuk bukan sehari... dkt setengah bulan... ada sekali tu sampai sebulan... mmg menyusahkan... dah la dulu toshiba under teledynamics opis dia kat pj dkt dgn masjid bulat tu... most of membe yg pakai series ni semua mengadu bende yg sama... sampai satu tahap aku nak hempuk laptop ni ke dinding.... hahahhaha... sakit hati punya pasal... aku dpt plak Compaq Evo N60...

Aku ratekan sebagai the best laptop aku pernah pakai waktu tu... masa tu retail price dia dlm RM6k++.... zaman tu wireless masih baru and besar dabak melekat dkt belakang display... unik pada aku... speaker dia mmg cun ... aku x ingat apa jenama tapi mmg high spec punya speaker... dgn resolution 1680*1050 ... the highest resolution waktu tu.... mmg puas hati bila buat system development... semua dlm satu monitor bila menaip... best.... ku x ada masalah besar sehinggala laptop aku ni menghembuskan nafasnya yg terakhir... lepas arwah... aku dpt plak laptop DELL inspiron 1520...

design mmg agak bulky... tapi this laptop server me well.... x ada masalah besar... aku mmg puas hati... masa pilih dulu mmg aku ambik yg murah tapi custom ambik upgrade paling highest aku boleh pilih. dgn vmware etc.... x mengecewakan aku.... jangkahayat laptop ni habis bila motherboard nya kong membuatkan battery x boleh charge... rege tukar motherboard lg mahal dr beli laptop baru.... so aku menerima laptop paling aku x terpikir utk aku pakai sekarang.... MacBook Pro 17"

Laptop aku sekarang... MacBook Pro 17".. secara jujurnya... aku x pernah terpikir utk memiliki MBP ni... sebab aku assume MBP ni hanya utk budak2 graphic & Audio & Video ... sebab Mac terkenal dgn 2 bende ni... sehinggalah aku mula bermain dgn satu project yg memerlukan pengunaan database yg super duper besar size table nya.... laptopor even desktop aku pun x mampu nak menampung pengunaan baru aku ni.... bayangkan run 1 SQL query ada yg mengambil masa hampir sehari dan membuatkan laptop or desktop aku merangkak mcm siput ba alif ba ya...

mula2 aku dgn boss aku mencari solution utk menguruskan database yg besar ini... sebab utk development laptop x cukup space nak tampung. mencari la aku external hard disk yg boleh diinstall OS.. dengan harapan boleh buat simple DB server dr xternal HD... tapi aku terjumpa apple punya product... MacMini Server... yg saiz nya lebih kurang saiz CD ROM desktop shj.... terus aku propose kat bos besar utk beli MacMini Server ni... dari situ la aku figure out kemampuan Mac dlm mengendalikan proses2 besar. kalau di windows aku perlukan 1/2 hari utk execute 1 SQL query... dgn MacMini Server ini aku hanya perlukan 1/2 jam shj....


ni ler rupenya MacMini Server tu... best gila.... tapi aku buat satu kesalahan besar dgn bende ni... masa pegi outstation ke kerdau awal tahan ni... aku sudah menghilangkan bende best ni.... sayang gila.... malas nak citer lanjut.... RIP...

Dari kemampuan macmini baru aku tersedar dari tidor.. macbook pun boleh dipakai utk buat system development... much more better... dari situ la akhirnya aku memiliki MBP 17" ni..... sayang gila aku kat bende ni.... semoga MBP aku ni akan membantu kehidupan aku sampai keakhir hayatnya....

secara kesimpulan nya... aku sudah menjahanamkan 5 biji laptop + menghilangkan 1 biji macmini server..... gila.....

apapun... laptop pun mcm kereta... kene dibelai & dimanja... kalau ita sebut nak beli laptop baru start la dia buat hal... hahahhahahhaa....

aku masih sayang MBP aku....

History of 10

masa nak ambik baju kat bilik terperasan bende ni... 10 helai baju T..... kebetulan bersamaan dgn 10 tahun.... hahahha kebetulan betul...

Saturday, July 30, 2011

Mana lebih susah?

buat sistem development tak susah sangat pada aku jika dibandingkan dengan kejar payment dari client.....

hehhehehehehe.....

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya


Credit photo: www.suterablogger.com

Sudah lama betul rasanya aku sendiri tak merasa begini punya teruja dengan pasukan bola sepak malaysia.. dikenali sebagai Harimau Malaya...

Walaupun malam tadi kita kalah kepada Singapore, tapi aku tetap menyokong pasukan sekarang ni selagi diaorg melakukan yang terbaik.

Malam tadi memang aku betul-betul kecewa dengan pertahanan Malaysia. ketiadaan Aidil, Shafiq & Mat Yo memang bagi impak besar. dan yang pasti malam tadi memang Khairul Fahmi & Safee Sali punya game... yg lain.... x byk membantu...

Ketepikan lakonan pemain Singapore, kalau kita leading mcmtu pun kita akan buat perkara yang sama. ini adalah normal permainan bola sepak.

Aku bukan pakar main bola, tapi cadangan aku supaya king gopal cari pelapis utk geng2 ni... aku rasa skuad olimpik ada 2/3 org boleh pakai... itu hanya cadangan...

Khairul fahmi mmg on form skrg... aku suka reflect dia... as aku pun pernah main as keeper dulu(tapi level kampung je la... hahahhaa) so aku sedikit sebanyak admire khairul fahmi punya stail permainan... dia keeper ke2 malaysia aku suka selepas Khairul Azman Muhammad... ada karisma... hahahaha... mugkin secara kebetulan semua nama awal mereka sama ...

pertahanan aku still suka Nurhafiz Zamani Misbah... tapi dia tak fit kalau x silap aku, itu yg king gopal tak ambik dia... rasa kalau dia ok king gopal should consider dia balik la... mcm pemain dari skuad kim swee mcm wan zack haikal pun not bad kalau boleh dicuba.

Pemain lain yg menarik perhatian aku mcm Amirul Hadi Zainal... dia rajin... chop!!! dia ni anak zainal abidin hassan ke? sebab anak zainal kalau x silap aku ada main bola kan... ?????

Apapun ini pandangan perinbadi aku je. aku tetap sokong team harimau malaya sekarang ni. selagi diaorg buat terbaik. kalah menang adat permainan tetapi kalau kalah sekalipun biarla KALAH BERMARUAH.

My Projects

Salam jumaat semua,

Selepas bekerja sendiri ni aku rasa ada perlunya juga aku publish hasil kerja aku. Mana tau ada yang berminat boleh la hubungi aku.

nak publish semua kerja2 aku sebelum ni agak mustahil. sebab dari 2001 sampai harini aku sendiri pun dah x ingat mana yg aku buat. Kalau jabata kerajaan tu ada yg dah jadi sejarah. mcm KPU - Kementerian Perusahaan Utama.. sebab malaysia ni ada habit suka merge jabatan etc... so mmg tak wujud dah la kalau portal or online apps refer kepada diaorg tu. Kalau swasta pun sama gak mcm pernah buat project reporting utk Austral Enterprises Berhad. dulu anak syarikat I&P pastu merge bawah golden hope pastu merge lg ntah dgn sapa... lost dah aku... hahahahha

Banyak gak project2 aku untuk intranet yg mmg org dr luar x leh xcess. dan ada jugak project2 diklasifikasikan project2 berprofil tinggi (cewah.. term x hengat) yg kalau aku publish... tu ha... kemunting akan menjadi tempat tinggal aku...

rugi tu... kalau tak bleh masuk resume... hehehehehe

Mat salleh panggil expertise kalau bahasa melayu kita panggil kepakaran... aku x pakar mana pun tapi lebih kepada programming menggunakan bahasa pengatucaraan PERL and CGI utk web base development. Javascript etc...

Selain itu aku juga bertanggungjawab dalm penyediaan web, ftp & mail server diatas platform windows & *nix...

Sistem integration juga merupakan expertize aku. paling besar aku pernah buat untuk integrate 17 sistem berbeza digabungan untuk menjadi satu sistem laporan berpusat untuk 1 jabatan kerajaan diputrajaya. 17 sistem berbeza mengunakan language berbeza dari asp, php & java... dan juga database berbeza dari MySQL, MSSQL, Oracle etc...

diawal penglibatan aku pada awal tahun 2001 dgn dunia IT ni aku byk buat website & portal sistem. Disatu waktu tu kerana selalu sgt buat bende yg sama, aku came out dgn script/framework aku sendiri utk portal sistem.

Next post aku akan cuba listkan antara project2 yg dah complete....

Tuesday, July 26, 2011

Laptop atas kereta

Salam semua... lama nak menulis... terbz skit yg x produktif...

alkisah nya, mlm td selepas balik menziarah org sakit di batu tiga, kami anak beranak singgah makan di Ani Sup Utara seksyen 2 Shah Alam. target ke situ sebab nak lai che kang dia yg best... sampai pun dah dkt kul 10... so byk menu dah abis... danish yg nak makan bubur pun kecewa sebab bubur dah abis... menambah kekecewaan dia bila orange juice dia pun abis.. terpaksa tukar ke air laici... hehehe sian danish.

selepas kenyang, kami pun berangkat balik.. saya mmg bawak kehulur kehilir MBP saya ni... nak tinggal rumah pun takut sebab dah ada kes jiran kene pecah masuk rumah dia... 3 biji laptop hilang... seriau saya.. ni je la harta sumber rezeki saya. kalau hilang... tak tau nak kata apa dah.

ke kereta saya dokong aqeel sambil mengepit MBP saya celah ketiak. bila wife dah masuk kete saya nak pass aqeel ke pada wife saya letak dulu MBP saya atas bumbung kereta. lepas aqeel masuk kereta... saya terus masuk kereta dan memandu balik kerumah. kebiasaan nya saya suka merempit bila jalan kosong.. tapi mlm td saya leh bawak santai sambil hirup angin malam yg sejuk.. almaklumla aircond kereta bermasalah skit. hehehe nak service tokei workshop tu kata min RM800 sebab double blower... hampeh.....

sampai kat rumah lepas bukak pintu pagar, masuk balik kereta baru saya sedar MBP saya x ada dgn saya.... sudah.... mcm terputus sekejap nafas saya....... terus keluar jengah atas kereta.... ahhhhhh... lega... MBP saya masih ada atas kereta. nasib baik tak jatuh... kalau jatuh menagis tak berlagu la saya mlm tadi.... nasib baik gak bumbung kete tu ada roof rack... so dia prevent dr MBP tu mengelunsur ke kanan or kiri.... nasib baik gak saya bawak slow... kalau laju... adus........

bila pikir2 balik.... mau mengigil saya... RM9k++ tu.... 1st time pakai laptop rege mcm ni... downpayment rumah pun hampir lepas tu....

Aku bersama 'bini' no 2 aku.. MBP 17"..

Sunday, July 10, 2011

Wish

diaorg offer aku Toyota Wish jika aku kembali menyertai mereka semula. fully paid by company. saja je kan. dah tau mmg aku suka sgt dgn Wish ni.

keputusan aku? entahla ... offer nya mmg tempting... tapi byk bende nak kene pikir....

bukan belagak, bukan jual mahal..... tapi byk perkara aku kene pikirkan masak2 dulu....

.......

Friday, July 8, 2011

iDVD

dah lebih 1/2 tahun pakai Mac... hari ni baru aku terhegeh-hegeh nak burn DVD movie.. 1st time pakai iDVD... terkial2 aku nak pakai...

macam biasa... tanya pakcik google la camna nak pakai... dan dibawah ni aku listkan step2 utk beginer noob mcm aku nak pakai iDVD..

  1. Open "Applications" folder. Double-click on the iDVD application.
  2. Create New Project, Save it.
  3. Open the "File" menu and choose the option to create a "OneStep DVD from Movie."
  4. Use the "Open" menu to navigate to the AVI file. Click on the file to select it and click "Import."
  5. It'll take some time depend on ur movie size...
  6. Load a blank DVD-R disc into the optical drive when the "Disc Insertion" prompt appears. The disc will burn and eject automatically when finished.
*tgh tunggu KL Gangster aku siap burn.... nk tgk wayang tak ada org nak teman....

Tuesday, June 28, 2011

Basikal

Aku agak lambat boleh menunggang basikal jika dibandingkan dgn teman-teman sekampung yang lain. mungkin sebab tak berani pinjam basikal akak aku yg besar tu utk belajar... hahahahhaa...

Memiliki basikal pertama ku ketika darjah 1.... ingat lagi masa balik sekolah dari jauh aku dah nampak bende menarik di anjung rumah aku dulu. terima kasih abah. dgn saiz badan aku yg kecik ketika itu, abah belikan aku basikal yg saiz nya kecik sedikit dari saiz basikal BMX. dgn 2 tambahan tayar kecik belakang sebab aku x reti bawak basikal... hahahahha....

sejam pertama aku pakai kedua2 tayar tambahan.... masuk jam kedua abah buangkan 1 roda... masuk jam ketiga... abah buangkan semua roda tambahan... aku dah boleh bawak basikal... hahahahhahaha.... best gila rasanya waktu tu....

basikal itu la aku buat pegi sekolah dan berjalan2 sekeliling kampung... sebut je belakang rumah sapa yang aku x pernah susur.... kebun mana aku x masuk... belukor mana aku x redah.... hahahahaha...

aku tak ingat pada umur/darjah berapa berapa aku dpt basikal BMX... jenama KUWAHARA.... dah best sgt dah waktu tu..... sayang gila aku waktu tu.... masa disekolah rendah aku pakai je apa yg ada kat basikal tu... tapi bila dah masuk sekolah menengah dan dah jumpa kawan-kawan dari kampung/pekan yang lain. basikal aku sudah mula berubah rupa. sparepart/accessories yang tak pernah jumpa di kampung aku aku dah boleh minta tolong member2 belikan dari tempat mereka...

dari warna ke sport rim, handle bar BMX... batang seat colorful... break shimano etc.... meriah la basikal tu...

pernah sekali aku balik sekolah agama... dari jauh mak aku kat dapur nampak dah aku balik.... dia pegi la kedepan nak bukak pintu utk aku... sekali dia bukak pintu x nampak aku.... baru dia nak tutup pintu... aku muncul dari dlm parit depan rumah aku..... hahaahhaha... aku overshoot ambik lap nak masuk kawasan rumah aku..... terus terjun parit... hehehehehhe.....

satu tahap basikal BMX pun aku pasai gear mcm basikal racing... zaman tu mana ada basikal mountainbike size kecik lg... tapi kitaorg dah buat R&D dulu... hahahah... riak je bila masuk pekan mata budak2 lain x lekang usha basikal kami.... hahahahaha.....

aku pakai BMX sampai tingkatan 2 kalau x silap aku... itupun bila mana aku dah mula 'dewasa'... hahahahha... badan aku dah start meninggi... x sesuai pakai BMX lg...

zaman tu keluarga kami kurang kemampuan lagi. aku jual basikal BMX aku tu and aku cari satu persatu sparpart utk buat basikal RACING(panggilan org kg mcm aku la).. ala basikal mcm org berlumba tu tayar kecik dari mountain bike dan handle bar bengkok mcm huruf S tu.

aku cari body..... rim+tayar... handle bar... etc.... semua dari sumber2 yg berlainan.... bila dah cukup basic basikal aku tu... aku start pasang... pastu aku lengkapkan sikit demi sedikit... sampaila tingkatan 5 aku pakai basikal tu....

lepas SPM aku masuk ITM... basikal tu tak ada org pakai gantung kat bangsal belakang rumah... anak2 buah aku balik kampung... depa pau satu persatu barang2 kat basikal tu.... last2 yang tinggal body shj.... gantung punya lama... sampai tokei besi buruk angkut masuk lori.... hahahahaha..... berakhirla riwayat basikal aku....hahahahhaa

masa mula2 kerja aku plan nak main basikal balik... waktu tu tahun 2002/3 kalau x silap aku... tapi aku sempat spray kaler orange body mountain bike... tapi hanya sekerat jalan.... hahahahahaha....

sekarang ni kalau tgk org naik basikal... keinginan tu ada... tapi takut tgk harga basikal sekarang.... mahal nak mampos....hahaha... dulu x de la lagu ni....

tapi berbasikal mmg best.... rindu aku kat basikal.... insyaAllah 1 day aku nak sambar gak yg ada abspber depan belakang tu.... hahahahaha.... dulu tgk je org pakai... la ni agak dah mampu tapi x terbeli2 plak nya.... mcm bukan keperluan plak.... tgk la camna .......

Basikal idaman aku style2 mcm ni... hard tail ke apa ntah nama/jenis nya...

Saturday, June 25, 2011

Bekerja dari rumah

sudah 2 bulan aku bekerja dari rumah.

betul-betul mencabar. harap-harap aku dapat menghaunginya dgn jayanya.

dari segi disiplin yg paling utama. mcmana nak manage masa dirumah. betul2 mencabar. tilam, tv, anak2 semua dpn mata...

betullah apa yg sepupu aku nasihatkan masa aku ambik keputusan utk buat kerja dari rumah. dan aku mmg merancang utk spent masa gak utk buat kerja di luar rumah. bukan apa, kadang2 utk sesuatu bende tu kita perlukan surrounding yg betul2 bebas dari ganguan.

ingat nak pergi perpustakaan shah alam, tetapi perpustakaan tutup dari bulan 3 aritu sampai dimaklumkan. diaorg berpindah dari lokasi sekarang ke seksyen 13.... adus... aku tgh x da idea nak cari tpt mana utk waktu ni. mencari gak kawan2 yg ada office sendiri bleh gak aku tumpang meja & kerusi. tapi byk membe buat business di luar shah alam/kl. penang, perak, jb etc....

dan cabaran yg paling besar..... RINGGIT MALAYSIA...... hahaha... sebelum ni selama 10 tahun cukup bulan dah boleh cucuk kad... skrg dah tak mcm tu lg... payment ikut client punya mood..... seksa woooo... kene kejar client mintak payment. apapun aku bersyukur masih ada rezeki yg diberi oleh NYA. mintak2 dipermudahkan segalanya... amin....

raya dah nak dekat..... huhuhuuhuuhu....

Monday, June 20, 2011

email

Untuk pengetahuan,

saya mengunakan email client (thunderbird) so saya mmg jarang sgt pakai webmail gmail etc... email semua download terus ke lappy.

oleh itu kepada sesiapa yg menhubungi saya melalui gmail chat or other webmail features saya mintak maaf x dpt reply etc...

saya hanya pakai webmail apabila lappy x da di tangan saya.

Haraf maklum.

Monday, June 13, 2011

Godam

Godam dalam bahasa melayu... kalau omputeh diorg panggil hack. hehehehe...

alkisah... balik dr kampung sabtu aritu aku cek web server log... aku jumpa 2 cubaan dari web utk cari path file yg x wujud dari web folder aku.

tanya pakcik google baru dpt tahu yg path itu merupakan path file utk tomcat p[unya web server. and IP dia plak dari negara china. ia mungkin dari mana2 sahaja didunia ni... byk scapegoat server kat luar sana...

nasib aku baik utk setakat ni... sebab aku x pakai java & tomcat... so cubaan diaorg utk cari 2 path file tu gagal... dan dirog meninggalkan server aku...

tapi aku perlu berhati2 sebab ini bermaksud server aku dah mula mendapat perhatian dari luar sana.

aku takut gak sebab sejak dr minggu lepas byk kes godaman terutama web2 *.my ni.... ondscene.my pun kene....

tapi yg byk aku tgk diaorg byk mengunakan open source punya product... joomla etc... and pakai themes/template yg diorg download.... so carefull kalau download free template... check every file .... baru deploy.

hot target sekarang ni blog pakai platform wordpress.... hati2 dgn free template etc....

leceh kalau dah kene godam... nak 2 kalau ada data2 penting.... seksa

Wednesday, June 1, 2011

Antan Batura Part 2

Dulu pernah post makan kat sini.

hari tu ada pegi sekali lg. test dia punya seafood plak. ok la cuma order prawn butter tapi dpt x mcm yg dibayangkan. mcm udang masak dgn butter cair... hehehehe... tapi sedap... cuma bukan yg kita bayangkan udang goreng butter la...

tapi highlight mlm tu adalah air epal asam boi dia... mmg sedap.. just nice jer masam manis dia... sampai order lg 1 jug...

terima kasih kat abg mie & kak maz belanja mlm tu.

cuma spot x menarik sgt mlm tu sebab ada kawasaki buat event kat situ gak. so depa dah bolot best space/spot dulu... so kami dpt spot yg x menarik..

post terdahulu di Antan Batura

Thursday, May 26, 2011

Masalah Wireless Mac OS X

Aku menghadapi masalah dgn sambungan wireless kat rumah mentua aku.

sambungan ke internet dari MBP aku x stabil dan menjadi perlahan. kalau direct ke modem or pakai wired ke router terus x menjadi masalah. kalau pakai laptop mentua aku yg run win XP x menghadapi masalah seperti yg aku hadapi dgn MBP aku.

selepas mencari dan bertanya dgn pakcik google. aku ada jumpa mcm2 solution yg dicadangkan... tapi ada satu cadangan ni aku buat2 x nampak pada awal nya... tetapi bila semua cadangan lain x menjadi.. aku cuba gak cadangan terakhir ni.

di wireless router, cuba tukar channel broadcast ke channel lain... by default AP aku set ke channel 11, so aku cuba tukar ke channel 5...

Walla..... hahahha so far connection x la seperti sebelum nya... lebih stabil dan laju skit. untuk setakat ini la. mintak2 semua ok...

selamat mencuba.

Thursday, May 19, 2011

iPod Touch wireless tak boleh join network

Salam,

Tadi iPod Touch anak2 x boleh connect to network. x tau pasal apa. dah restart iPod dan restart wireless AP pun x boleh gak.

apa yang say buat ialah: pergi ke

  • Settings
  • General
  • Reset
  • Reset Network Setting

iPod akan restart. selepas itu cuba connect semula. masukkan WEK Access Key jika perlu. sepatutnya akan ok.

Sunday, May 15, 2011

Keputusan

Keputusan yang aku ambik unuk melepaskan jawatan memberikan impak yg lebih besar dari yg aku sangkakan.

ia melibatkan diri aku sendiri, keluarga, kenalan dan majikan....

Ada yang suka dan tidak kurang juga yang mendapat kesan negatif dr peletakan jawatan ini.

Yang aku nampak semua berpunca dari perasaan SAYANG... kita akan melakukan apa juga yg kita mampu utk mempertahankan sesuatu yang kita sayangi... cuma kadang2 kita melakukan kesilapan yang kita tidak sedari.

Ya, semua yang berlaku ini berpunca dari aku. dari keputusan yang aku buat. aku minta MAAF kepada mereka2 yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. aku bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan ini. MAAF sekali lagi.

Aku tahu bukan senang utk kembali kepada keadaan seperti sebelumnya.. tapi bgla aku peluang untuk teruskan hidup ini.

Sekali lagi kepada SEMUA yang terlibat... aku minta maaf sekali lagi.

Saturday, May 7, 2011

PHP on MacOS X

Salam,

Sebenarnya bende simple jer... tetapi aku terpening sekejap sebab salah pemahaman... hahahhaa

by default MacOS X enable php. cuma configuration file dia akan ambik default value bukan dari php.ini jika ia tidak wujud di /Private/etc/*

so semua changes on configuration setting x kan ada effect if file php.ini tidak wujud di /Private/etc/*

by default dlm folder /Private/etc/ akan ada satu file php.ini.default. apa perlu anda buat adalah copy file tersebut menjadi file php.ini

oleh kerana owner file adalah root anda perlu ada privilege utk copy.

sudo cp php.ini.default php.ini

Selepas itu buat la perubahan atau changes yg anda perlukan di file php.ini yg baru itu. jangan lupa restart apache utk melihat perubahan.

enjoy.

Thursday, May 5, 2011

i'm Freelancer....

Salam semua.....

Saya memulakan langkah sebagai programmer bebas... semoga langkah saya diberkati dan doakan kejayaan saya.

Selamat.......

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Hari Pekerja 2011...

Friday, April 29, 2011

Resign

Mengambil keberkatan hari jumaat... hairi ini 29hb April 2011... bersamaan hari pertama launching iPad2... hahahaha... setelah sembilan tahun dan sebelas bulan aku bekerja dgn OSDC.... aku baru sahaja menghantar surat perletakan jawatan aku sebagai senior programmer di OSDC.

Bukan keputusan yg mudah untuk aku buat. Tetapi terpaksa aku buat demi memikirkan diri ini juga. rasanya dah lama aku tak buat keputusan untuk diri sendiri selepas aku kahwin.

Terima kasih OSDC diatas segalanya selama ini...

Tuesday, April 19, 2011

One Step Closer To The 'END'

Keputusan Besar....

Antara Keputusan besar yg perlu aku buat selepas aku buat keputusan utk kahwin....

sebelum dan selepas.....

ada dan akan tiada...

......

...........................

akan ada org yg kata aku manja... terlalu selesa didalam comfort zone aku....

akan ada org kata aku mengada-ngada.....

akan ada org kata aku ikutkan hati......

.............................

Tuesday, April 5, 2011

Javascript Replace Function

Salam..

function simple tapi ada kelemahan ketara.

sebagai contoh kalau kita nak buang koma dari satu pembolehubah bernombor.

var datadgnkoma = "1,234,567";
peratus = datadgnkoma.replace(',','');
akan menghasilkan
1234

kalau ikutkan kefahaman kita, mesti kita mebayangkan angka 1234567... tapi function javascript kat ni hanya buang koma pertama sahaja dan mengambil angka sebelum dan selepas koma.

Tapi kalau kita ubah function replace ini dgn mengunakan REGEXP... kita akan dpt apa yg kita mahukan...

var datadgnkoma = "1,234,567";
peratus = datadgnkoma.replace(/\,/g,'');
akan menghasilkan
1234567

Happy Coding

Friday, April 1, 2011

Alhamdulillah & Syukur

Syukur & Alhamdulillah...

seperti yg telah dijanjikan kepada aku... mulai bulan ini aku akan menikmati tangga gaji yg baru.... as aku cek kat maybank2u td ni... gaji dah di bank in cuma masih floating lg... and angka yg terpapar melegakan aku.... may be x sebanyak gaji2 mereka2 di luar sana... tapi pertambahan 25% dari bulan lepas dan total dari yg dijanjikan menjadi 65% dari sebelum ini...

Alhamdulillah,,,, syukur... semoga dimurahkan rezeki lg....

*next week aku akan berkampung di sarawak selama seminggu lebeh..... hehehhe .. last week 4 hari stay kat kuching.... nanti aku update story kat kuching

Sunday, March 20, 2011

Elections...

DUN Sarawak akan dibubarkan isnin ini... ini menandakan yg kerja yg byk menanti aku sehingga hari mengundi nanti...

my political view? aku atas pagar... jgn drag aku kekancah politik ... aku belum bersedia...

tugasan aku hanya melkasanakan amanah yg diberikan.

Next week may be selasa aku kene turun sarawak.... and then mcm biasa penamaan calon sehingga hari mengundi aku terpaksa berkampung di sarawak...

Sarawak merupakan cabaran yg besar bagi aku... sebelum ini di galas, tenang, merlimau & kerdau... hanyalah pilihanraya kecil shj. tetapi utk sarawak, ia adalah pilihanraya negeri... setakat ni ada 71 DUN .... and x rasmimya ada 800++ daerah mengundi dah beribu saluran....

bentuk muka bumi & kemudahan komunikasi merupakan cabaran utama aku yg paling besar... doakan aku dpt melunaskan tanggungjawab yg diberikan dengan jayanya... amin...

Friday, February 18, 2011

my workstation [office]

kalau sebelum ni workstation aku kat rumah... ni aku post plak gambar workstation aku kat opis..

selari dgn workload yg semakin bertambah...

my workstation [updated]

sebelum ni ada post pasal aku punya workstation kat rumah...

aku baru sempat snap gambar...

simple jer.. sebelum ni aku mmg x ada tpt khusus kalau nak buat kerja kat rumah... janji dan je... meja makan .. sofa.... janji leh letak punggung aku buat tempat kerja aku..

bila dah ada tpt sendiri ni selesa skit nak ngadap komputer...

x la grand sgt... tapi cukup bg aku jika compare kan dgn sebelum ni... hehehehe... peace...

Thursday, February 10, 2011

new place, new env, new working style...

bermula dari pertengahan bulan lepas, aku berpindah pejabat. dari seksyen 13 shah alam ke kota kemuning shah alam.

syarikat? masih disyarikat yg sama tapi disebabkan syarikat telah merge dgn satu lg syarikat lain.

setakat ini walaupun ada perubahan dari cara bekerja, aku masih boleh menerima susana kerja baru ini. al maklumla sebelum ini ada 2 org jer boss.. sekarang ni dah bertambah lagi sorg.

tempat kerja boleh dikatakan lebih selesa. alhamdulillah.

cuma aku sedang menantikan berakhirnya bulan march. sebab bermulanya tangga gaji baru utk aku... kalau ikut seperti yg diberitahu la... mintak2 yg terbaik.... amin...

kelamkabut skit kebelakangan ini.. out station ke tenang... di sertakan dgn banjir besar yang menghalang aku dari meninggalkan pekan labis... hahahah pengalaman betul....

next... merlimau plak.... x sure camna arrangment nya... rasanya aku kene turun gak utk handle system dari ground....

apapun pray for me... semoga 2011 lebih baik dari tahun2 sebeum ini... amin

Thursday, January 20, 2011

iPod Touch tak boleh start/on?

iPod touch anak2 x boleh start dr semalam... ingat charger kong.. pinjam charger kak maz pun sama gak...

cari2 kat internet jumpa penyelesaian utk masalah... yg dah ada org hadapi sebelum ini....

caranya:

  • buka itunes dari komputer
  • plug in/sambungkan ipod kepada komputer.
  • tekan butang on/off bersama dgn butang hgome(yg dihadapan) untuk beberapa saat.

    sepatutnya iPod touch anda akan hidup seperti biasa..

    ataupun jika ada masalah.. itunes akan memaparkan masalah yg dihadapi oleh iPod touch anda... ada pilihan rovocer utk recover balik iPod touch anda..

    itu sahaja.....

  • Monday, January 10, 2011

    PerlMagick On RHEL 5

    installing PerlMagick on RHEL 5 very easy...

    yum install ImageMagick-perl

    hehehe....

    Sunday, January 9, 2011

    MySQLCOM on Mac

    lebih kurang seminggu aku mengodek mac baru aku ni... mcm2 hal aku jumpa..

    start dari isu perl + mysql(DBD-mysql)
    sampaila ke imagemagick & chartdirector...

    alhamdulillah semua setel... amin....

    last sekali aku punya statup script utk MySQLCOM x jalan.... maybe sebab aku dah byk sgt godek sana & sini.... aku kene start manually everytime start my mac.

    sampaila hari ni aku decide nak cari kat mana silapnya...

    last sekali jumpa gak...

    error bukan di MySQLCOM tapi di mysql.server punya script...

    x jumpa '.bin/mysqld_safe' .... ni mungkin sebab aku dah kacau env aritu kut... so aku just modify file mysql.server and setkan

    datadir = '/usr/local/mysql/data'
    basedir = '/usr/local/mysql/'

    so test balik... semua run seperti sepatutnya.... alhamdulillah

    Friday, January 7, 2011

    my New Toy

    mainan baru aku...

    isi dlm kotak ni nanti aku post lain... hhehehehee... suke sgt

    Thursday, January 6, 2011

    ImageMagick & chartDirector

    selesai.... lega..

    sebelum ni aku ada masalah dgn perl di MacOS X 10.6.5

    ‎5.8 support perlMagick but fail with chartDirector...
    5.10 fail with perlMagick but support chartDirector...

    aku jumpa solution di:

    http://globalmoxie.com/blog/imagemagick-install-osx.shtml

    thanxs a lot....

    Monday, January 3, 2011

    Perl + Mysql + ImageMagick on MacOs X 10.6.5

    MacOs X dtg sekali dgn perl 5.8.* & 5.10.*.. default akan point ke 5.10 .... semua ok utk normal usage...

    but utk aku yg buat system development... aku perlukan tambahan aplikasi & module..

    mula2 dpt laptop... aku terus config/install MySQL 5.5@latest dr mysql.com... semua ok.... aku pun install DBI & DBD::mysql for perl... DBI x ada masalah... but for DBD::mysql ada leceh skit.... kene force install baru leh berjaya...

    sebelum itu, install module utk perl n MacOs X perlukan developers tool kit @ Xcode dari apple developer center. sebab by default Mac Os X x ada compiler ataupun 'make' yg kita perlukan utk install module.

    semua ok setakat itu... tapi aku perlukan ImageMagick utk system development.. bila baca kat site ImageMagick.org dia suggest pakai MacPorts ...

    aku pun download la macports.. and install imagemagick dari macports.... mmg senang & mudah... dia buatkan semua sekali utk kita.. tapi yang hampeh nya... dia installkan sekali new copy of perl 5.8.9 ... yg aku nampak maybe sebab perlMagick hnya ada module yg jalan kat 5.8.9 je la... it's ok... tapi keje aku duk menginstall module perl kat default system 5.10 tu sesia je la... hampeh.....

    bil isu image magick setel... satu hal plak nak reinstall DBI & DBD::mysql kat 5.8.9 yg baru ni plak...

    as macports dah tersedia install.. aku pun guna la macports utk install DBI & DBD::mysql...

    satu hal plak jadi... x leh load mysqlclient.16.*** ... hampeh... bila cek kat internet... masalah ni timbul bila x jumpa ENV utk DYLD_LIBRARY_PATH .... satu hal lg aku duk pening nak tambah env path kat MacOs X ni...

    temporary ni aku buat/modify kat ~.bash_profile and tambah new env baru yg aku nak declare... ok semua jalan selepas itu... alhamdulillah..

    tapi x setel lg rupanya... bila aku run script dari web/apache... masalah x jumpa lib tu jadi balik... bila cek. apache x load env variable... pening lg.... last2 aku set kat vhost.conf pakai SetEnv .... baru la bleh jalan.... lega

    x setel lg.... hahaha... bila run full script... mysql x leh pakai... sebab dynaloader detect version required x sama dgn version DBD::mysql yg aku install.... hampeh.. terpaksa install baru utk version yg compatiable... alhamdulillah semua berjalan seperti dikehendaki...

    New year & new MacBook Pro 17

    Selamat tahun baru...

    alhamdulillah aku menyambut tahun baru dgn laptop baru.... MacBook Pro 17"

    Lama dah mengidam.. akhirnya dpt merasa gak pakai...

    tapi byk bende nak kene belajar lg... sebelum ni almost semua development pakai windows... sekarang nak start pakai Mac Os X plak...

    ada installer vmware... tapi nak try buat development pakai mac dulu... kalau x bleh baru start pakai winxp on top of vmware..... wish me luck...

    sorry gambor x sempat transfer... tgh mengodek perl + mysql + apache ..... x setel2 dari kelmarin.... byk module2 yg x compatible.. kene readjust itu dan ini...