Friday, July 31, 2009

RON92 vs RON97

ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kereta wira 1.5 auto carb tua aku start jerking bila aku gunakan minyak RON95. dah la mmg kereta aku ada masalah dkt distributor dia... bertambah teruk plak jadi nya... kalau low RPM mesti nak mati.... tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!

Apa ni, PROTON ckp kereta dia semua x da masalah kalau pakai RON95... so now?????? &^%$# la.....

Start september ni RON97 akan naik sampai RM2 lebih.... mati la mcm ni kalau nak maintain pakai RON97... kalau nak teruskan pakai RON95 lak.. kene retuned balik kereta... pastu sure lost power.... arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! somebody help meeeeeeeeee....................

nak tukar kereta baru duit x de....

Thursday, July 30, 2009

Johnny's Steamboat

Semalam Kami g makan-makan di Johnny's Steamboat, Bukit Raja... lepas belanja dapur di Tesco Shah Alam.

Biasanya lepas dpt gaji ibu akan request makan steamboat kat Johnny's... kami biasa pegi kat bukit raja.. dekat dgn rumah. selain dari steamboat, ada gak nasi2 goreng serta lauk2 lain... so sapa yg x kenyang makan steamboat leh belasah nasi lg la...

Semalam abg hairi makan byk, sebab ada perjanjian kalau makan byk baru abah order kan ice-cream. hehehehe.. licin abg hairi makan ice-cream... x pelawa abah pun...

Adik apa mimpi ntah... masuk kete terus tido... sampai start makan pun masih tido lg... bagus gak.. tenang skit nak menjamu selera...

Tuesday, July 28, 2009

passwordless ssh (tanpa katalaluan)

Ada ketika kita memerlukan fungsi scp tanpa perlu kita meletakkan password. sbg cth jika kita set sesuatu script as conjob. ini ada tutorial ringkas bagaimana utk membuat passwordless ssh/scp.

step 1.
Server

  • make sure login as user account yang akan di gunakan oleh client.
  • dari home folder,
    ssh-keygen -t rsa
  • make sure home folder permission NOT 777.

    step 2.
    Client

  • ssh-keygen -t rsa
  • scp .ssh/id_rsa.pub useraccount@server:.

    step 3.
    Server

  • cat id_rsa.pub >> .ssh/authorized_keys2
    (yg ni bergantung kpd sshd version yg digunakan diserver, either authorized_keys2 or authorized_keys)

    step 4.
    Client

  • test connection. sepatutnya tahap ni terminal x kan promtp for password.

    Kalau X menjadi jugak..

    Troubleshooting.
    Server

  • tail -f /var/log/messages

    Client

  • test connection

    Di server tu akan keluar log utk test connection dari client yg sedang diuji. Di situ dia akan bgtau apa masalah kalau wujud.

  • Saturday, July 25, 2009

    Jack Purcell

    Mengidam kasut dah lama ... dari zaman sekolah dulu... tapi mastu hanya mamtu pakai kasut all star bukan converse.... hahahaha... x da kemampuan waktu tu...

    sekarang ni pulak bila kemampuan dah ada...nak cari saiz pulak satu hal... saiz 11 susah betul nak jumpa kat m'sia ni... kalau ada sapa2 tau kedai2 kat KL or Shah Alam yg ada jual size 11 tolong inform yer... thanxs..

    sekarang ni aku x da kasut dah.. tinggal kasut itam utk g meeting jer... kasut Clark aku kene rembat org ... hampeh btul... tu kasut kahwin tu... adidas aku lak cam hampeh... beli x sampai setahun dah koyak... worst adidas i eve have... x pernah mcm tu punya teruk quality dia... tension gila... sebelum ni sampai lunyai aku pakai adidas punya kasut... x de masalah... start migrate ke aother brand la kut... NIKE mcm bagus jer... Hairi & Danish pun pakai NIKE... so far ok jer kasut budak2 tu... abah nak 1 la kalau mcm tu...

    apa pun nak cari Jack Purcell dulu.....

    Friday, July 24, 2009

    Cermin Mataku Patah .... Lagi

    Untuk kali keberapa ntah tahun ni... cermin mataku patah lg.... arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! tension nya.....

    tgh dengar khutbah jumaat td... aku bersihkan cermin mata sambil mendengar khutbah... tiba2 bila aku tgh nak betulkan bukaan cermin mata tu... pap... patah 2.... tension gila... sib baik g sembahyan td berdua dgn ofismate.... bleh la dia drive balik... ni nak balik rumah tgh x tau mcmana... arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

    kene mandi bunga kut aku ni... tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Monday, July 20, 2009

    My Mom is Amazing

    Pengguna Jalanraya Di Malaysia

    Aku pun selalu melanggar undang2 jalanraya.. terutama bab had kelajuan. tetapi aku biasa bawak laju kat highway jer(walaupun salah.. tapi aku X memandu Zig-zag mcm org x tahan nak g jamban.. hehehehe .. ).. tapi aku mengaku biasa melanggar undang2 jalanraya gak.

    cuma yg aku nak cuba sampaikan disini.. sikap@tabiat sesetengah pemandu yg pentingkan diri sendiri. bila terlampau pentingkan diri sendiri biasanya akan terjadi perkara yg menyusahkan org lain.

    antara perangai@tabiat@sikap pemandu yg biasa kita jumpa:

    • bercinta dilorong paling kanan - ayoyo... jgn la jadikan lorong paling kanan anda seperti milik persendirian anda.. lorong paling kanan di khaskan utk lorong laju.. walaupun anda seorg insan/rakyat yg mengikuti undang2 memandu dibawah had kelajuan yg ditetapkan.. anda masih perlu memberi laluan kepada kereta yg lebih laju dari anda jika berada dilorong paling kanan. Tak kira la anda ikut undang2 had kelajuan atau tidak. ini sudah termaktub dalam undang2 jalanraya juga. Tak percaya pegi ke JPJ atau jumpa polis trafik, ajukan soalan ini.
    • Cucuk anda bila anda dilorong paling kiri - Malaysia tidak mengamalkan minimum kelajuan dilorong paling kiri, lorong ini mmg ditujukan khas utk pemandu yang memandu perlahan. tetapi jgn le bawak 10Km/J. tetapi jika anda membawa pelahan tetapi ada yg x reti bahasa cucuk rapat belakang anda... anda hanya perlu perlahan kan kenderaan anda seperlahan yg boleh... bagi dia rasa...nak memotong gi la lorong kanan. hahahahhahhaa.. kuang hajaq noh... hehehhee.. tapi kalau jln 1 lorong shj.. jgn la buat mcm tu... sian depa..
    • X reti nak bagi signal bila nak menukar lorong, membelok atau memeotong - yang ni lagi sekor hantu jembalang tanah x reti nak pakai signal. membahayakan. biasa gunakan signal tu. walaupun nak mencilok sekali pun, pakai signal. paling tidak, kenderaan dibelakang anda tahu tujuan anda. kalau mereka marah sekalipun, mereka telah bersedia utk menghadapi kemungkinan anda nak membelok, memotong atau menukar lorong. ini meyelamatkan anda dan org lain.
    • Memotong pakai gear 4, lagi cerdik ketika naik bukit - x tau nak ckp apa... kut yer pun pemalas nak tukar gear... ikut2 le keadaan... agak2 ada kenderaan kat belakang jgn le buat perangai anda tu... kalau x de kenderaan lain x pa... isk.. pemalas...
    • Pengunaan Lampu kecemasan (Hazard Light) - Kalau tgh hujan lebat, anda akan jumpa ramai org berbuat sebegini. SALAH... salah tau... x boleh... hazard light hanya boleh dipasang jika kenderaan anda dlm keadaan statik. tujuan anda memang baik, utk membolehkan org lain nampak anda. tapi niat tidak menghalalkan cara. tetap SALAH.
    • Parking sesuka hati bapak tiri laki mak dia - kut yer pun x da prking, bertimbangrasa la skit. jgn la kat selekoh atau tempat yg boleh menyusahkan org lain. ni kadang2 mentang2 bawak kancil.. dia ingat semua org bawak kancil, kete dia lepas semua kete bleh lepas... mana bleh... isk... kalau nka illegal parkign sekalipun jgn sampai menyusahkan. tidak dinafikan kita terpaksa parking ditempat yg tidak dibenarkan disebabkan beberapa perkara seperti kecemasan dan ketiadaan prking kosong. tapi ingat la, jangan sampai menyusahkan org lain. dan kalau double parking, alert dgn bunyi hon kete ataupun paling tidak, tinggalkan no phone anda di dashboard kereta anda utk senang anda dihubungi. satu lagi, biasanya kat malaysia ni tempat parking dah cantik di sediakan kotak utk memudahkan kita menyusun kereta. jgn parking melintang or mcm haram... buta or buat-buat buta? kang tuhan tarik balik nikmat tu kang... menyesal..
    • Parking ditempat OKU - biasa kereta2 besar2 yg buat mcm ni.. nak kata bodoh pandai leh pakai kete besar.. tapi... isk... malas nak ckp dah... stooooooopiiiiiiiiiiiidddddddddddddd.

    itulah perkara biasa yg kita akan jumpa bila memandu di malaysia... x tau mcmana nak mengubah tabiat@perangai rakyat malaysia kalau memandu.

    tidak dinafikan semua org akan buat salah, cuma jgn samapi salah anda membahayakan dan memudaratkan org lain... nasihat ini utk saya sendiri juga.. sentiasa beringat sebelum terkena... setakat saman mungkin anda boleh bayar.. kalau melibatkan org yg anda sayang? bagaimana?

    Friday, July 17, 2009

    Makan@Makanan

    Kalau perasan, kebanyakan posting sebelum ini akan ada kaitan bab makan... dan kalau yang mengikuti status di facebook atau YM.. selalu bab makan yg di utarakan...itu lah aku... aku suka makan... kalau dpt gaji perkara pertama yg terpikir... nak makan kat mana yerk? apa makanan yg sedap utk dicuba?

    kebisaannya kalau aku pergi/keluar daerah tidak kira la atas urusan kerja atau berjalan2... perkara pertama yg aku cari adalah tempat makan yg sedap... ada orang kata , kita dapat mengenali sisio budaya sesuatu masyarakat dari cara pemakanan mereka.

    yang pasti, bab makan la yg selalu membuatkan ahli keluarga aku berkumpul dan mengeratkan perhubungan kekeluargaan kami. bukan sebab nak makan shj, tetapi keletah & aksi serta perangai kami adik beradik bila berkumpul memang mengamatkan suasana... seronok... biasanya BBQ adalah menu wajib bagi kami bila berkumpul... dan tukang jaga api dah tentu antara aku dan abg mie... yg lain biasanya tukang makan... hahahahha...

    ada satu perkara yg selalu terjadi kat aku. bila teringin nak makan sesuatu.. kadang2 tu mcm kebetulan ada org bbuatkan or offer ajak makan... hahahaha... kebetulan tetapi selalu terjadi... macam semalam, aku teringin nak makan goreng cempedak... alih2 bagun pagi td isteri kesayangku buatkan goreng cempedak utk satrapan pagi(terima kasih ibu - ikut style hairi)... kebetulan? ... ya.. kebetulan yg selalu terjadi.. ahamdulillah...

    Nikmat makan adalah antara nikmat yg tuhan beri kepada kita... bersyukurlah dgn apa yg kita makan... walaupun ikan masin dgn nasi putih sekalipun.. kerana ada diantara kita di daerah yg lain.. jaggankan nasi putih, utk las perut pun mereka tiada..

    Alhamdulillah.. syukur...

    Thursday, July 16, 2009

    System Administrator Appreciation Day

    July 31, 2009 (Last Friday Of July)
    10th Annual System Administrator Appreciation Day

    A sysadmin unpacked the server for this website from its box, installed an operating system, patched it for security, made sure the power and air conditioning was working in the server room, monitored it for stability, set up the software, and kept backups in case anything went wrong. All to serve this webpage.

    A sysadmin installed the routers, laid the cables, configured the networks, set up the firewalls, and watched and guided the traffic for each hop of the network that runs over copper, fiber optic glass, and even the air itself to bring the Internet to your computer. All to make sure the webpage found its way from the server to your computer.

    A sysadmin makes sure your network connection is safe, secure, open, and working. A sysadmin makes sure your computer is working in a healthy way on a healthy network. A sysadmin takes backups to guard against disaster both human and otherwise, holds the gates against security threats and crackers, and keeps the printers going no matter how many copies of the tax code someone from Accounting prints out.

    A sysadmin worries about spam, viruses, spyware, but also power outages, fires and floods.

    When the email server goes down at 2 AM on a Sunday, your sysadmin is paged, wakes up, and goes to work.

    A sysadmin is a professional, who plans, worries, hacks, fixes, pushes, advocates, protects and creates good computer networks, to get you your data, to help you do work -- to bring the potential of computing ever closer to reality.

    So if you can read this, thank your sysadmin -- and know he or she is only one of dozens or possibly hundreds whose work brings you the email from your aunt on the West Coast, the instant message from your son at college, the free phone call from the friend in Australia, and this webpage.

    http://www.sysadminday.com/

    Wednesday, July 15, 2009

    XPDC Pemanggil 2003

    Jumpa gambar lama masa trip memancing ke Pemanggil dlm tahun 2003..

    pertama kali memancing di laut, alhamdulillah x mabuk laut... tapi masa nka pegi semua ubat mabuk aku beli+telan.. hahaha takut mabuk... hehehe..

    tapi separuh yg join xpdc ni mabuk... termasuk yg otai2... hahahha... aku lak yg leh survive... layan belitung..

    Tak byk ambik gambar..masing2 sibuk layan henjutan ikan2 laut china selatan...

    Bersama Radzi, Anjang dan boatman...

    Tangkapan terbesar aku pada xpdc ini...

    Monday, July 13, 2009

    Selsema

    Selsema...... tension nya... berair je hidung ni... x suka...

    badan pun dah start seram sejuk... argh!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Friday, July 10, 2009

    Makan Malam di Geng Corner(Upin & Ipin)

    Tadi kami makan malam di luar bermasa cik nina & cu man. mula2 x tau nak pegi mana. lepastu teringat geng corner... x pernah pegi... so kami berpakat mencuba..

    nampak dari jauh abg hairi & danish dah teruja... mcm tau2 je kami nak bawak masuk kedai geng ni.hehehe.. suka sgt hairei & danish tgk byk poster & banting Upin & Ipin... abg hairi siap cari kak ros lg... malang nya kak ros balik tdo dah.... hahahahha

    Camera HP mengong .. jadi x da la gambar... hahaha ulasan sahaja..

    Kami order:
    Ibu : Mee Hoon Goreng basah - sedap ibu kata
    Abah : Mee Goreng Mamak - Sedap... mcm nak order lg 1 pinggan jer.. hahaha
    Hairi + Danish : Nasi Goreng Belacan - Danish suka tapi abg hairi x suka... pedas kut...
    Cu man : Nasi Goreng Paprik - abis cu man makan.. sedap la tu...
    Cik Nina : Nasi Goreng Belacan - pun habis gak... sedap la tu..

    Mula2 kami spare duit lebih skit... ingatkan mahal.. ye la kan... Geng + Upin & Ipin kan famous... sekali masa bayar... x lebih RM30 untuk 5/6 org makan.. kira ok la tu... boleh pegi lagi lepas ni..makanan nya pun not bad.. cuma org ramai la...

    Servis/layanan pun cun... senyum jer pelayan dia... walupun kami dpt meja hujung.. order pun x lama sgt tunggu

    Thursday, July 9, 2009

    Had Bilangan Maksimum Baris Untuk Setiap Jadual MySQL

    berapa kah had maksimum baris yang boleh disimpan didalam setiap jadual jikalau kita mengunakan pengkalan data MySQL?

    jawapan nya:
    bergantung kepada perkakasan yang anda gunakan. yang pasti jika anda mengunakan perkakasan 64bit anda boleh menyimpan lebih banyak dari perkakasan 32bit.
    Sebenarnya had maksimum boleh dikawal mengikut konfigurasi sistem.

    mysql> show table status like 'urls' \G;
    *************************** 1. row ***************************
               Name: urls
             Engine: MyISAM
            Version: 10
         Row_format: Dynamic
               Rows: 1914630
     Avg_row_length: 94
        Data_length: 180376868
    Max_data_length: 4294967295
       Index_length: 356147200
          Data_free: 0
     Auto_increment: 1914631
        Create_time: 2009-07-09 10:54:50
        Update_time: 2009-07-09 21:37:48
         Check_time: 2009-07-09 10:57:41
          Collation: latin1_swedish_ci
           Checksum: NULL
     Create_options:
            Comment:
    1 row in set (0.00 sec)
    

    kalau kita perhatikan, (Max_data_length)Maksimum jumlah data ialah 4Gb. kalau kita tukar

    mysql> alter table urls max_rows = 200000000000;
    
    sekrang jadual ini boleh menampung lebih lagi.
    Akan tetapi, untuk perkakasan 32bit, had paling maksimum ialah 4.2billion baris... banyak? bergantung.

    Ole-ole Bandung

    Kawan ku baru balik bercuti dr bandung. dia bagi ole2 dari bandung..

    1. Aslurpingape Tee - seriously smart, weekend ni sambutan hari lahir alif aku nak pakai. hahaha... terima kasih Syam
    2. Kerepek Tempe - x rasa lg... tp nampak mcm menarik.

    apa pun terima kasih Syam... lain kali pegi lagi bawak la balik 'menu' best...hahahha

    Wednesday, July 8, 2009

    PPSMI dimansuhkan...

    PPSMI dimansuhkan

    selepas ni aku akan mula menggunakan bahasa melayu dlm artikel2 aku.. jika sebelum ini aku cuba mengunakan bahasa inggeris yg rojak dan teruk... aku akan cuba mengunakan bahasa melayu sepenuhnya selepas ini..

    tahniah kepada Pak Usu di atas kejayaan memperjuangkan bahasa melayu.

    walupun aku setuju dgn pemansuhan PPSMI ini, tetapi dari segi IT am nya aku masih nampak kelemahan didalam pengunaan bahasa melayu untuk maksud2 berkaitan IT. Terjemahan yg sangat lemah dan cara DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA menangani perkara2 ini amat mendukacitakan aku. utk ini aku salahkan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA yg tidak proaktif. memandangkan merekalah pihak yg diberi tanggung jawab memartabatkan bahasa melayu. maaf ini pendapat peribadi saya... minta maaf jika ada pihak yg terasa.

    Crawler: update

    After almost 12 hour running, my crawler already collecting
    428,732 link/url and 10,618 allredy visited
    and 1,401 raw email..

    hopefully can reach at least 50,000 email address...

    Moto GP

    before jumping to F1, i'm a big fam of Moto GP... the era of K. Schwantz, M. Doohan, W. Rainey & J. Kocinski

    and now, even i'm not a Moto GP's big fan anymore.. but still admire V. Rossi.. from 125cc till 500cc.. he rule them all...

    LP: Crawling

    i'm a fan of LP... hehehe

    enjoy....

    Nested quantifiers in regex

    1st time i'm facing this error...

    there's few reason why this happen.

    base on article at perlmonks,

    if u use regex like this

    /^[RE:\s*|FW:\s*]*$match_string\i*$/

    and ur $match_string containing '???' it will return error like this.

    to solve this, add Q...E at ur regex..

    /^(?:RE:\s*|FW:\s*)*\Q$match_string\E$/

    this will ignore other special chars that used by regex in ur string.

    but, at my error.. i'm mistakenly put extra syntax when trimming my url..

    my $urls =~ trimURL();

    that produce this error..

    so i just remove the '~' at it work fine now... hehehe.. silly mistake.. again

    Tuesday, July 7, 2009

    Crawler

    i just start running my crawler script to collect email from net... hehehe.. so watch out ur email address dude... hehehhee

    Monday, July 6, 2009

    Antan Batura

    Baru ada kesempatan mencuba tempat makan baru. bukan baru rasanya.. cuma upgrade dari yg lama..yg lama bosan..

    Lokasinya, berhadapan PKNS utk lebih tepat berhadapan SIRIM shah alam. tepi tasik besar tu...

    aku suka suasana tepi tasik and ada tempat utk makan bersila... senang skit melayan hairi.. hahaha..

    dari segi makanan, OK la... x la sedap sgt or x lah x sedap langsung.. portion besar gak...

    Kami order
    Ibu : chicken chop - portion besar, x berminyak cuma black pepper sauce dia cair skit, kalau pekat skit mesti lg best
    cik wa : nasi goreng kampung - masin skit katanya
    hairi : nasi goreng pattaya - ok la... abg hairi makan byk gak... (semua order abg hairi rasa... sampai kekenyangan.. hahahha)
    abah : mee kari udang - ermm ok je la... kulit udang nya keras lg...

    overall : suka kat suasana tepi tasik n bersila... harga ok la... utk 4 org bawah RM50.

    mungkin akan singgah lg kalau da kesempatan.

    gambar tunggu dari camera HP cik wa.. abh nya camera HP mengong... mcm dlm gua gambarnya...

    Friday, July 3, 2009

    it's a boy.... again...

    alhamdulillah... pagi tadi scan... nampak dah jantina nya... it's a boy, again... hehehhe

    3 sederet lelaki... sure pecah rumah lepas ni....

    tolong doakan baby sehat, cukup sifat & sedap mata memandang. bonus kalau bleh hensem mcm bapak nya... hehehehe

    Thursday, July 2, 2009

    My First Python Script

    python v3.1

    print ("Hello, World");

    python v2.6.2

    print "Hello, World";

    adding new language into my pocket... python ...

    at first, i'm installing version 3.1... but after googling, i revet to 2.6.2 as many reference base on 2.6.2...

    wait for my 1st Python apps... hehehhee

    Proxy

    kalau x bleh masuk ikut laluan yg dihadkan or diberikan, masuklah melalui proxy..

    proxy disini merujuk kepada semua cabang kehidupan dari kehidupan seharian, pekerjaan atau teknologi...

    tetapi seelok2nya or utk best result, pengunaan proxy merupakan pilihan terakhir yg patut anda semua pilih. x kira la walau macaman pun situasi anda, kecuali.... TERDESAK...hahahahahahahah

    Sekepuk 50,000 ... pakcik kayo

    Aku merasa pegang duit 5 juta dalam tangan... pergh.....

    How to Add Perl CGI Script Support to Your Apache Web Server on Windows

    Satu tutorial simple but berguna utk dikongsi.

    http://www.thesitewizard.com/archive/addcgitoapache.shtml

    Wednesday, July 1, 2009

    Musim Buah-buahan 2009

    Last weekend balik kg, musim buah.. durian, rambutan & manggis.. semua segar dari ladang... hahaha.. fresh baru petik + jatuh dari pokok...

    dah lama x panjat pokok manggis, lepas gian... heheheh

    From Musim Buah 2009
     
    From Musim Buah 2009
     
    From Musim Buah 2009

    From Musim Buah 2009
     
    From Musim Buah 2009
     
    From Musim Buah 2009