Tuesday, December 28, 2010

Outstation.... lagi....

besar kemungkinan aku kene pegi outstation lg... from 22hb hingga 31 hb jan 2011 nanti....

tapi the best part nya... tpt outstation tu dkt jer dgn kampung aku..... hahahhahaha.... ada yg aku stay rumah mak & abah aku jer ni kang.... huhuhuhuhu....

apapun masih x confirm... tapi kemungkinan tu besar la... tgk la macamana nanti.

Monday, December 13, 2010

my Workstation@home

akhirnya...

aku ada workstation aku sendiri kat rumah. yg proper.. maksud aku meja and kerusi utk mengadap laptop.

sebelum ni aku gunakan sofa & meja kopi... ataupun aku tumpang workstation wife aku.

x la complete sgt. tapi cukup utk 2 biji lappy & 1 mac mini + monitor.

nanti ada masa aku snap gambar nya.

Sunday, December 12, 2010

im passing 30 today

hari ini genap umur ku 30 tahun... alhamdulillah aku bersyukur dgn nikmat & kurnia yg Allah berikan kepada aku setakat ini.

seorg isteri & 3 org hero yg comel.. cukup mengembirakan aku.

ahli keluarga & keluarga mentua... semua menyenangkan aku...

cuma azam aku selepas ini utk terus memperbaiki diri dr semua aspek kehidupan.

amin...

* terima kasih kepada isteri tercinta belanja aku makan malam di san francisco....
*thanxs to all wishes kat wall facebook aku.

Thursday, December 9, 2010

Simple MySQL tips

MySQL merupakan satu pelayan pengkalan data yang bagus.

tetapi walau sehebat mana pun sesuatu aplikasi pelayan pengkalan data itu tidak akan ada maknanya kalau kita salah mereka bentuk struktur pengkalan data kita.

masalah utama utk pengkalan data berasakan sql adalah capaian masa untuk sesuatu 'query' itu selesai.

kalau didalam pembangunan berasakan web, masa amat penting. proses timeout merupakan mimpi ngeri yg tak nak dihadapi oleh pembangun aplikasi berasakan web. ada 2 penyumbang besar kepada jumlah masa yg diperlukan utk sesuatu halaman itu berjaya dipaparkan di pelayar pengguna selain dari jangkauan dan limitasi capaian internet ialah masa yg diambil oleh bahasa pengatucara utk memproses sesuatu permintaan dan masa yg diambil oleh query utk mendapatkan keputusan dari pengkalan data.

didalam satu permintaan mungkin akan ada 1 atau lebih query yg perlu dilakukan utk mendapatkan data2 yg didinginkan. disini, masa akan menjadi panjang kalau kita tidak menstrukturkan 'table' pengkalan data dgn betul.

paling penting, 'PRIMARY KEY' ataupun kunci utama data kita. jangan ketawa jika ada yg x buat pun bende ni. byk kegunaan primary key ini. bukan shj untuk mengelakkan pengulangan data ia juga mempercepatkan carian/query kita. kesan mungkin tidak nampak jika kita bermain dgn data berskala kecil.. tetapi bila ia menjangkau ratusan ribu baris... anda akan tepuk dahi memikirkannya...

untuk mempercepatkan carian/query, kalau boleh.. column yang penting & selalu dicari setkan ia dalam kombinasi primary key. sebagai cth.

kod untuk bilik darjah : 010305
dimana:
01 mewakili id blok
03 mewakili id tingkat
05 mewakili id bilik darjah.

pendekatan yg paling sesuai adalah memecahkan kod bilik darjah itu kepada 3 column berasingan. dan gabungkan 3 column itu sebagai primary key.

ini juga memudahkan anda membuat carian bedasarkan blok atau tingkat atau bilik darjah atau mana2 gabungan mengikut keperluan. adalah lebih cepat masa yang diambil mengunakan standard operator seperti =,!= daripada mengunakan 'LIKE %someting%'.

kurangkan pengunaan varchar/char sebagai primary key. lebih sesuai jika mengunakan int atau tinyint bergantung kepada keperluan. praktikan pengunaan data rujukan yang amat membantu jika anda membangunkan aplikasi yg byk mengunakan data rujukan.

sebagai cth lg, jika anda mengunakan NO KP tai NO IC (benda yg sama) sebagai primary key. ia betul.. sesuatu yg unik. tetapi dalam format no kp lama, ada char disitu. ini akan melambatkan masa pencarian anda walaupun anda dah kenalpasti colum itu sebagai primary key.

apa yg boleh anda buat ialah. ciptakan 1 colum baru. bg nama cth 'idorang' dgn column type 'BIGINT' dgn kapasiti column sebanyak '20' dan column type 'UNSIGNED'.

gunakan query ini.

update table
SET `idorg` = CONV(SUBSTRING(CAST(SHA(TRIM(no_kp)) AS CHAR), 1, 16), 16, 10)

query diatas akan automatik ciptakan 1 unik id utk manusia yg mengunakan no kp sebagai identiti mereka bedasarkan nilai didalam column no_kp. dan ia semua int.

setakat ini sahaja tip utk mempercepatkan masa diambil utk carian didalam pengkalan data MySQL.

ada byk lg tip yg boleh dipraktikan dan diamalkan. bergantung kepada keperluan.

sekian.... salam.....

Monday, November 15, 2010

my New Toy

sebelum ni biasanya main dgn tingkap jer... tetapi sebelum outstation awal bulan aritu dpt mainan baru.... kita pakat makan apel plak...

sebenarnya sebelum outstation awal bulan lalu kepala tgh pening memikirkan solution utk masalah utk server mysql kitaorg. utk development kami hanya pakai laptop shj. upgrade RAM to max.... and buat semua kat dlm laptop. sebelum ni ok je... x da masalah... but bila start bermain dgn data yg berjuta2 row. masalah mula timbul... satu hak plak nak buat processing semua server dlm 1 laptop.... nak alter table pun makan berjam2 lamanya...

idea asal nka hack/cari solution utk install MySQL server dlm portable hard disk... duk pening pikir... sebab kalau nak bawak sebijik lg laptop... amatla menyusahkan...

cari punya cari.... akhirnya... jumpa la menatang ini..


Mac Mini Server

hahaha... cuma masalah utamanya adalah aku x biasa MAKAN APPLE. kombinasi perl + MySQL ada masalah... yg lama baru dapat dirungkainan... isu dgn 64bit & 32bit... etc...

makin hari makin seronok plak aku bermian dgn apple ni... pandangan cetek aku yg mengangap apple hanya utk org2 graphic memakan diri aku sendiri... aku dah start jatuh hati dgn apple... hahahhahhaa...

*hari ni aku ada masalah dgn wireless keyboard yg tiba2 x detect/x leh nak pair... bila surf jumpa solution mudah... masa pairing... tekan buatton enter/retuen ulang2 kali sampai dia jumpa... problem solve...

aku akan update perkembangan perl + MySQL (2 MySQL running on da same machine)... dari mainan baru aku ini...

Thursday, October 21, 2010

Sibuk & Peluang

sejak kebelakangan ni... paling tepat lepas raya... mmg aku terasa amat sibuk sekali... jarang dpt balik keje on time.. tido mmg la x pernah cukup...

ada 2 projek yg perlu aku hadapi sejak kebelakangan ini... alhamdulillah semua nampak mcm ada sinar kejayaan ... cuma doakan sahaja semua nya mendapat pulangan yg sepatutnya.

2 projek ini memberi tekanan yg berbeza.

projek pertama lebih kepada memenuhi piawaian dan standard yg perlu dipenuhi oleh kami. kami atau aku lebih tepat sekali, agak lemah dari segi term2 gempak & hebat yg byk digunakan org2 marketing. bila presentation aku agak blur bilamana soalan mengunakan term2 sebegitu... tapi bila diterangakan dari segi teknikal... itu la yg mereka maksudkan... hhahahhaha....

dan semalam, kalau betul apa yg aku dpt tau... kami dpt projek itu... cuma peruntukan yg diterima tidak seperti yg kami minta... dikurangkan... janji dpt.. cuma plan asal utk projek pertama ini ada pembangunan 2 sistem... tetapi oleh kerana peruntukan nya x seperti di harapkan... berkemungkinan ianya hanya pembangunan 1 sistem sahaja. amin.

untuk projek kedua, agak tertekan bermain dgn data dan sumber data... pertama kali aku bergelumat dgn data sebesar ini... ada 1 table database ni, ada 27juta row... 27juta bukan 27 ribu...

isu juga timbuk bilamana struktur data2 berkaitan lain tidak di bina dgn betul.... berterabur... bila data makin membesar... satu hal pulak nak sruktur semula.

bayangkan, ic@ no kad pengenalan yang sepatutnya sesuatu yg unik.... boleh tie kepada lebih dr seorg... mengong... tu belum bende2 lain lg...

satu lg.. pengunaan standard kod... mampu keluarkan kod rujukan mereka... lepas tu.. setiap agensi pun sesuka hati pakai kod rujukan mereka sendiri.... hampeh....

bermain dgn data2 yg besar ini memerlukan perkakasan yg berkemampuan tinggi.. aku hanya dgn laptop berumur dkt 4 tahun.. agak terasa keperitan nya.. dari segi RAM, Hard disk dan processor..... hopefully dpt pakai Mac Book plak lepas ni... aminnnnn......

MSU?

lepas raya aku dpt panggilan untuk interview di kampus MSU baru Shah Alam. asalnya wife aku yg hantar resume ke MSU. dia pun submit resume aku sekali.

masa interview mmg hancus la aku... aku more on business oriented punya kerja... bukan ikut buku 100%. janji projek jalan... sebab kalau ikut betul2 buku sekolah... mmg x deliver la projeck... or kalau deliver pun jadi projek Gajah Putih. mungkin lapangan lain mmg kene ikut buku 100%... but not system development... pada pendapat aku la....

aku kene questionkan oleh prof yg interview aku lepas peperiksaan teknikal tu. dia kata kenapa aku campurkan OOP dgn structured? hahahahha sebab aku jawab base on apa yg aku biasa buat... hahaha... dia kata apa yg aku jawab semua salah.... bercampur aduk.... dia kata kalau aku masuk team dia.. aku kene follow style dia.. kene prepare semua struktur & flow serta semua cucu cicit data dictionary sebelum start coding.... yg mana betul la tu... kita kalau masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang lembu mengembok... field dia dgn aku berbeza.. kalau business aku ikut apa yg dia praktikkan... sah x digunakan sistem aku tu nanti... client ni masa nak sistem ckp sistem kecik je... tapi bilamana dah nampak capability sistem.. tu yg nak tambah itu dan ini.... yg mana nampak menyusahkan tetapi $$$$$$$$$$$$$$$$ bagi kami sistem developer... hahahha...

tapi aku seronok pegi interview tu.. byk gak ilmu yg aku dpt dr prof tu.. dia bukan sahaja interview aku.. tapi bagi ilmu2 yg aku pun x tentu dpt kalau x pergi interview tu.

lepas 2 minggu aku dpt call dr HR utk attend sekali lg interview. alhamdulillah.. TETAPI... setelah berbincang dgn wife... pastu dgn my sifu... seterusnya my BOSS..... aku ambik keputusan menolak offer dr MSU tu... it's a though decision... berat tu... MSU dah menapak kuat ... bangunan baru dia sebelah TESCO XTRA/NKVE tu very2 the tempting wan.... but aku terpaksa pikirkan byk bende... mungkin jodoh aku blum lg... insyaallah... mana tau... 1 day nanti....

hopefully janji yg aku terima menjadi kenyataan.... amin...

DNS Problem

yeah.... my dns still got problem... tu yang kadang2 blog ni pun x jumpa... argh!!!!!!!!!!!!!!!!! pening dah main dgn dns server ni.... kene cazri alternative lain plak....

Monday, September 27, 2010

Absolute FTP [error 10053]

Apabila Server berpindah rumah... mcm2 isu akan timbul... seperti dijankakan. maklumla... lain rumah lain undang2 dan susun atur nya...

setelah berpindah kerumah baru.. aku mengahdapi masalah dgn sambungan FTP ke server... utk auth lepas.. tapi fail bila nak start retrive directory/file...

google punya google... jumpa sudah masalah nya...

Do not use PASV when connect to the FTP server.

to config this... go to option and uncheck : “Use outgoing data connections (PASV)”

try again..

should be fine by now...

Simple DNS Plus

Hujung minggu baru-baru ni aku kene buat server migration dari existing data center di SAPURA(formaly know as DataOne Asia) ke data center baru di Heitech Village di Bukit jelutong.

Antara sebab migration ni adalah kerana SAPURA menamatkan perkhidmatan mereka kepada business luar dan ingin menumpukan kepada internal business sahaja. oleh itu, terpaksa la kami pindahkan server kami keluar dari sana.

secara fizikalnya x ada masalah dgn perpindahan server ini. tetapi dari configuration firewall etc... ada isu skit... selama ni buat terus jalan... bila ditempat baru... ada business rule & management baru... so DNS server kami ada isu skit... x leh request dari luar... pening gak...

baru pagi ni baru tau apa punca masalah nya..... hahhahaha..

Simple DNS Plus yg kami gunakan memerlukan port 53 utk berkomunikasi dgn dunia luar. dan lagi ia memerlukan protokal UDP & TCP utk berfungsi sepenuhnya... sebab packet utk UDP x cukup besar utk menampung request yg diterima.. so application automatically akan switch ke TCP utk packet2 yg lebih besar...

di data center, mereka melepaskan port 53 hanya utk UDP shj... so DNS server x berfungsi sepatutnya.... bila request mereka utk lepaskan port 53 utk UDP & TCP baru la DNS server bejalan sepatutnya.....

Problem solve..... alhamdulillah...

Monday, September 6, 2010

Roadtax

Tahun ni alhamdulillah setakat ini kereta tak buat masalah mcm tahun-tahun lepas... cuma ada masalah skit bila start sejuk sebab autochoke nya kaput... tapi itu masih boleh dikira masalah kecil lg.. mintak2 x meleret.

cuma hari jadi nya shj mcm hampeh... 4hb sept. adus... kacau gak la budget utk beraya... baru harini dpt contact agen yg handle pasal insurans & roadtax kereta ni. mintak2 la jgn lama sgt dia mabik masa nak renew semua tu. arini dah 6hb.... aku bawak je kete dgn roadtax yg dah xpired... huhuhu.. jgn la hari rabu ni x siap lg... plan nak balik kg hari rabu ni...

mintak2 dipermudahkan dan selamat perjalanan balik kampung raya ni. amin.

Tuesday, August 10, 2010

Jalan Ditutup Sempena Ramadhan

Baru terbaca di bharian.com.my. polis akan menutup laluan arah dari bulatan stadium shah alam sehingga persimpangan brunsfield. jalan akan ditutup dari jam 4.30ptg sehingga 7.30mlm.

seperti kebiasaannya... payah nak tau exact jalan yg nak ditutup... selagi x berdepan sendiri. atau aku yg ketinggalan bas... hahahhaa..

apapun aku assume jalan yg ditutup seperti map kat bawah ni

jalan yg ditutup kalau mengikut pemahaman aku... dari arah bulatan kayangan (point A) sehingga ke pesimpangan Brunsfield(point B). aku agak shj ni... apapun esok baru dpt tau keadaan sebenar.

as aku yg perlu ke tesco xtra utk ambik wife aku setiap hari pada pukul 6ptg... terpaksa la ikut jalan jauh dari tadisma business park menghala ke persimpangan TTDI dan masuk semula ke persimpangan brunsfield. mintak2 x la teruk sgt jem nya(harapan yg sgt tipis...) hahahaha... or else.... keluar opis kul 4.... hahahahhahahhaa

**UPDATED

hari pertama je polis tutup jalan ni.... dia punya jem x hengat punya.... last sekali around 5.30ptg polis bukak balik jalan yg ditutup... baru la reda skit semua jalan dr jem.... tapi simpang nak ke tesco xtra polis still tutup. x boleh kekanan. so sapa yg nak kekanan kene lajak kedepan and buat u-turn dpn brunsfield.

Monday, August 9, 2010

Kasut 3 Luqman

Mula-mula kesian dgn abg Hairi. sandal dia dah start x berapa nak lekat dia punya zap on. mudah terbukak.

tapi alang-alang dah nak raya terus belikan diaorg kasut utk raya terus. x payah nak berebut-rebut masa nanti.

Kasut Luqman bertiga... Hairi, Danish & Aqeel

Abg Hairi

Abg Hairi dah pandai pilih sendiri... x nak yg abah & ibu pilihkan... dia nak yg dia pilih sendiri.

Abg Danish

Adik Aqeel

satu dah setel... byk lg x setel... hehehehe

Sunday, August 1, 2010

Danish & Durian

Danish dah ikut jejak mak & abah dia... pantang jumpa durian... hahahhaha

Tak mcm abg hairi... danish mmg suka betul makan durian... bersih/licin kalau makan... tinggal biji jer...

sekarang ni biasa beli durian dkt tesco. sebab dah tau apa yg kita akan dpt. dah jarang sgt beli durian ikut biji-biji kat shah alam/KL ni... selalu sgt upset. kalau kat kampung baru cari durian sebiji-sebiji.

kalau ajak danish g tesco... dr jauh dia dah bau durian... terus belari mencari... hahahhaha... parah abah dia....

Monday, July 19, 2010

Kenduri Aqeel

4hb Julai lepas atuk & nenek abah buatkan kenduri utk Aqeel. bukan utk Aqeel sorg, tapi sekali kan dgn Umar anak cik alim skali.

Aqeel blum buat aqiqah lg. abah tgh x ada budget lg. sorry ye Aqeel. abag2 Aqeel semua buat awal, Aqeel je dah terlajak nak dkt setahun. nanti abah ada rezeki abah buat cepat2.

terima kasih kat atuk & nenek sebab buatkan kenduri utk aqeel & umar.

Thursday, July 15, 2010

Mengaku Salah

Kenapa sukar utk mengaku salah??????
  • adakah kerana ego?????
  • atau jenis yg x sedar diri????
  • perasan bagus??????

    pergi mampus ........

     

     

     

     

    **maaf mengunakan bahasa kasar....

  • Kematian

    Al-Fatihah...

    kematian itu sesuatu yang akan berlaku. cuma bila, dimana & bagaiman sahaja kita tidak tahu.

    Selasa lepas saya ke kota tinggi johor. lebih tepat felda sg mas, kota tinggi johor. x jauh dr desaru & bandar penawar.

    Ikhlas, inilah kali pertama saya sampai ke kota tinggi walaupun saya adalah org johor.

    saya pergi melawat sepupu isteri yg baru shj meninggal dunia.

    apa yg nak saya sampaikan adalah pengajaran yg saya perolehi dr situasi tersebut.

    sifat arwah yg begitu mengHORMATI & menJAGA si ibu sehingga ke saat2 akhir hayatnya mendapat pulangan di muka bumi ini lg. akhirat nanti adalah urusan dgn Nya. begitu mudah & tenang kematian nya disamping ibu yg disayangi... pergi dengan sentuhan seorg ibu merupakan perkara yg kita sendiri x tentu boleh merasai.

    mungkin arwah pernah melakukan kesilapan lampau. tapi arwah tidak menjadikan ia sebagai alasan. kesilapan ditebus dgn penuh keinsafan. hati ibu yg dijaga selama ini memberi pulangan yg berlipat kali ganda.

    kepada kita semua yg maish hidup... jaga lah & hormatilah ibu & bapa kita. restu dan doa kedua ibu bapa kita merupakan antara perkara yg paling penting dlm hidup ini.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... amin... Al-Fatihah....

    Sakit

    lama x menulis apa2 disini... agak sibuk sikit kebelakangan ini.

    sakit belakang saya dah berlanjutan agak lama jugak. rasanya dah tiba masa saya pegi check dr. tapi saya ni penakut skit dgn dr. jumpa dr. cik ani je la.... hahahhaha

    last 2 week saya demam + selsema.... agak teruk jugak seminggu saya MC. balik dr kg terus tumbang. kebiasaannya saya buat2 x layan kalau demam or selsema biasa... but kali ni mmg saya flat abis. x leh buat apa. panadol, active fast even ponstant pun x melegakan. as hari ini nampak lebih baik dr semalam... masih ada saki baki selsema sikit2 lg. hopefuly esok dah fully recover.

    masa saya flat, hero berdua tu pun ikut demam + selsema.. sampai ada infection kat telingga belah kiri diaorg... abg hairi & abg danish dua2 kene simptom yg sama. bawak jumpa cik ani kat semenyih. cik ani bekalkan ubat tahan sakit + antibiotik + ubat titik + ubat demam. alhamdulillah abg hairi & abg danish dah pandai makan ubat sendiri. x perlu abah & ibu paksa2 lg... bagus anak abah... dah besar dah anak abah.

    terlanjur jumpa cik ani.... kami kasi cucuk pada yg perlu... abg danish kene cucuk sekali... aqeel kene 2 kali.. sebab abh termiss cucuk yg 1 tu....

    sian abg danish... dlm kete dia menyakat abg hairi nak kene cucuk... alih2 bila tiba klinik.. dia yg kene cucuk.... tp abg danish x nangis kene cucuk.... dia senyum jer.....

    abg hairi baik dulu... pastu baru danish ikut baik.... now both dah recover... chop... danish mcm selsema balik tu.... sian dia...

    balik-balik kerja tadi dukung aqeel.... badan aqeel dah start panas.... idung dia dah stat berair... sian aqeel....

    sakit itu dugaan... semoga dipermudahkan segala urusan... doakan la dugaan ini setakat yg termampu utk hamba mu ini tangani. amin.

    Tuesday, June 15, 2010

    Hipokrit

    Hipokrit berasal dari Greek bermaksud perbuatan meletakkan kesalahan pada orang lain (wikipedia)

    Pada Tafsiran saya pula, hipokrit ini lebih kepada menukar personaliti untuk sesuatu tujuan tertentu(tidak kira baik atau sebaliknya)

    ya, aku Hipokrit....

    aku hiprokrit
    dgn mak bapak aku...
    X kan aku nak bersembang dan buat mereka mcm kawan aku... ckp mencarut, gurau2 kasar, ber aku kau....

    aku hipokrit
    dgn mentua aku
    mcm mak bapak aku, diaorg pun aku perlu hormat and x bleh aku layan mcmana aku layan member2 aku.

    aku hipokrit
    dgn anak2 & bini aku
    aku x bleh tunjukkan perangai gila2 aku... walaupun aku x sebaik mana.. aku masih mengharapkan merekaaku menjadi org yg baik2 & pandai2.

    aku hipokrit
    dgn client2 aku
    walaupun aku x suka mereka, tapi aku masih perlukan busines dgn mereka. so aku akui aku hipokrit dgn client aku... selagi dpt business...kalau pilih client... payah la nak maju...

    aku hipokrit
    dgn org yg lebih tua, lebih berilmu & yg sepatutnya aku hormati... aku hipokrit dgn x menunjukkan belang sebenar aku kerana menghormati mereka.

    kepada kawan2 aku... aku x hipokrit dgn korang... mcmana yg korang kenal aku... itu lah aku.... cuma sekarang aku x dpt nak bergaul mesra mcm dulu lg dgn korang semua... aku dah ada nak bini yg lebih memerlukan aku... tapi aku x akan lupakan budi baik & jasa serta ilmu korang semua... luv ya all...

    Monday, May 24, 2010

    Paparazzi By Greyson

    yup.. aku suka certain lagu lady gaga mcm bad romance & paparazzi .... tapi budak ni bawak balik lagu paparazzi lg best dr lady gaga bawak..

    enjoy...

    credit to yan@c0smic utk link tersebut

    Monday, May 17, 2010

    Layanan seorang anak

    dah dua kali... anak aku yg berusia 3tahun(3/6 ni masuk 4 tahun) selimutkan aku kalau aku tido awal n dia x tido lg...

    mcm mlm tadi aku x berapa sihat. tido awal. aku tersedar bilamana hairi tgh selimutkan aku dgn penuh berhati2... perfect dia betulkan setiap inci selimut tu kat badan aku....

    mungkin utk sesetengah org itu pekara biasa... tp pada aku, hati aku tersentuh... sayang gak anak aku kat aku...

    sebab itu org kata, mcmana kita layan anak kita... mcm itula dia akan layan kita nanti....

    Terima kasih Hairi.....

    Alasan Nak Balik Awal

    copy & paste dari internet...

    --------------------------------------------

    Alasan Nak Balik Awal

    Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi.

    Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

    Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

    Mula-mula seorang kerani biasa;
    Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
    Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!

    Kemudian, datang pula seorang supervisor;
    Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
    Boss : Hang apa pasai??
    Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
    Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

    Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
    Pengurus : Boss!
    Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
    Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
    Boss : Alasan apa lak ngko nie?
    Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
    Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

    Tiba pula giliran Mat Peon;
    Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
    Boss : Naper?
    Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
    Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
    Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

    --------------------------------------------

    larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........

    Google MAP API | Map search within Radius

    Post sebelum ni aku ada postkan mysql statement utk query MySQL utk mendapatkan lat &long didalam radius yg kita perlukan.

    post ini pula aku sertakan keratan javascript function utk draw radius layer on top of google map.

    here's the code:

    html:

    Find Within Radius The circle drawn here is a circle on the surface of the Earth.

    Radius: Miles Kilometers

    Javascript:

    function drawCircle() {
     var oUnitsMI = document.searchMap.unitsMI;
     var oUnitsKM = document.searchMap.unitsKM;
     var oRadius = document.searchMap.radiusInput;
     oRadius.value = oRadius.value ? oRadius.value : 500;
     
     
     //alert(oRadius.value);
     //circleRadius = oRadius.value;
     if (oRadius.value == '') {
      alert("Enter a number for radius");
      return;
     }
     circleRadius = parseFloat(oRadius.value);
     
     if (circleRadius > 9999) {
      alert("To Large");
      return;
     }
     
     
     if (oUnitsKM.checked) {
      circleUnits = 'KM';
     }
     else {
      circleUnits = 'MI';
     }
     
     doDrawCircle();
     
     //optional features, calling ajax if select in radius checked. uncheck to suite your ajax function
     //if(document.searchMap.inradius.checked){
      // var center = map.getCenter();
     //  var urls = '?action=search¢er=' + center + "&radius=" + circleRadius + "&unit=" + circleUnits;
     //  ajaxpage(urls,'searchcontainer'); 
     //}
    }
     
     
    function doDrawCircle(){
     
     if (circle) {
      map.removeOverlay(circle);
     }
     
     
     if (centerMarker) {
      map.setCenter(centerMarker.getLatLng())
     }
     else {
      centerMarker = new GMarker(map.getCenter(),{draggable:true});
      GEvent.addListener(centerMarker,'dragend',drawCircle)
      map.addOverlay(centerMarker);
     }
     
     var center = map.getCenter();
     
     var bounds = new GLatLngBounds();
     
     
     var circlePoints = Array();
     
     with (Math) {
      if (circleUnits == 'KM') {
       var d = circleRadius/6378.8; // radians
      }
      else { //miles
       var d = circleRadius/3963.189; // radians
      }
     
      var lat1 = (PI/180)* center.lat(); // radians
      var lng1 = (PI/180)* center.lng(); // radians
     
      for (var a = 0 ; a < 361 ; a++ ) {
       var tc = (PI/180)*a;
       var y = asin(sin(lat1)*cos(d)+cos(lat1)*sin(d)*cos(tc));
       var dlng = atan2(sin(tc)*sin(d)*cos(lat1),cos(d)-sin(lat1)*sin(y));
       var x = ((lng1-dlng+PI) % (2*PI)) - PI ; // MOD function
       var point = new GLatLng(parseFloat(y*(180/PI)),parseFloat(x*(180/PI)));
       circlePoints.push(point);
       bounds.extend(point);
      }
     
      if (d < 1.5678565720686044) {
       circle = new GPolygon(circlePoints, '#00BE00', 1, 1, '#3EFF3E', 0.25); 
      }
      else {
       circle = new GPolygon(circlePoints, '#00BE00', 1, 1); 
      }
      map.addOverlay(circle); 
     
      map.setZoom(map.getBoundsZoomLevel(bounds));
      
      
     }
    }
    

    kalau diperhatikan di penghujung function drawCircle ada line yg aku comment kan. line berkaitan adalah tambahan utk memanggil function ajax utk retrive data dr mysql ber dasarkan radius circle yg kita draw di atas map.

    happy coding.

    Saturday, May 15, 2010

    Google MAP API | MySQL search within Radius

    boleh mengunakan sql kod dibawah utk mencari lokasi mengunakan lat & long didalam databse mysql.

    SELECT 
     *, 
     ( 
      3963.189  
       * 
      acos( 
       cos( radians($center_lat) ) * 
       cos( radians( field_lat ) ) * 
       cos( 
        radians( field_long ) - radians($center_long) 
       ) + 
       sin( radians($center_lat) ) * 
       sin( radians( field_lat ) ) 
      ) 
     ) AS distance 
    FROM 
     table 
    HAVING 
     distance < $radius
    ORDER BY 
     distance
    

    cuma kod ini agak lambat skit sebab mengunakan HAVING instead of WHERE statement.

    kod di atas menggunakan mile/batu. kalau nka pakai Km tukar 3963.189 kepada 6378.8

    utk kod utk peta saya akan pos kan kemudian...

    happy coding.

    Wednesday, April 28, 2010

    Travel Agency Membership System

    Sistem keahlian agensi pelancongan

    last year, bulan puasa ada member mintak tolong buatkan simple sistem utk dia punya travel agency. simple jer, dia nak paaki ms access jer.

    Budget dia pun cuma RM500. kalau ikutkan x berbaloi buat utk budget camtu. tapi memandangkan nak raya...500 pun duit gak... bleh buat duit raya... so aku accept jer la... dr x dpt apa2.

    requirement dia simple jer. dia nak keep track membership utk dia punya travel agency. dari package sampai payment and membership history. kalau dah xpired dia bleh tahu... and semua transaction dia bleh keep track.

    here's the screenshot:


    main page


    Membership Information


    Payment History


    Payment Detail


    Simple Statistic


    Membership Report


    Payment Report

    if ada yg interested... bgtau ler... hehehe...

    My Wish Llist

    my wish & target...
    main :

    • my own House
    • MPV

    gadget:

    • iPhone (4G... hahahaha not even out yet)
    • 12" or 13" notebook (i'm not into netbook)
    • Canon EOS 550D
    • iPod (for hairi & danish)
    • Mountain Bike

    Vacation:

    • sand & beach... shopping too....

    Work:

    • better paycheck

    family:

    • enough with 1 beautiful wife & 3 cute little boy for now.

    pray for me....

    Tuesday, April 27, 2010

    Nokia E72 - firmware v 0.31.023

    nokia dah release latest firmware utk E72... agak major firmware update gak... better than previous update... dan yg paling penting... so far garmin isu mcm dah solve... no more hang & crash.... respond pun nampak ada kemajuan... laju skit compare sebelum ni... byk lg update dia tp yg paling aku suka berkaitan garmin tu la...

    E72 still rock.....

    Friday, April 23, 2010

    Google MAP API | IE issue

    Salam...

    Lama betul x posting kat sini... byk keje x setel... xsempat nak post.

    kebetulan tgh bermain dgn Google MAP API.. tapi menghadapi masalah paparan dgn IE... map x keluar sepenuhnya. ia belarutan apabila kita nak get map bounds utk data manipulation. bounds x diterima secara betul kesan drpada map view yg x betul td.

    yg aku nampak, ia memberi kesan terutama kepada IE apabila kita byk gunakan DIV. start dr situ viewer akan jd mengong kalikong...

    utk ubah semua html layout or theme adalah sesuatu yg memenatkan.... so cari punya cari... rupanya kita bleh setkan size viewer kita terus ke function berkaitan. x perlu membiarkan JS lib dlm API google itu carikan utk kita .. yg hasilnya mengong skit bergantung kepada browser...

    apa yg perlu dibuat

    var map = new GMap2(document.getElementById(Elemento), { size:new GSize (200 , 125) } ); 

    define viewer size kita terus kat function GMap2. YA.. ini x bermakna ia static terus... kita still bleh manipulate size kita tu.... bergantung kepada keperluan... cuma yg aku nak sampaikan.... solution ni utk counter masalah map keluar separuh kalau kat IE...

    happy coding...

    Wednesday, February 17, 2010

    Project Manager

    aku sebetulnya mcm ada fobia bila dgr nama 'Project Manager' ... pengalaman terakhir ber'Project Manager'kan seseorg yg boleh membuatkan aku sakit jantung... hahahahaha..

    Aku baru shj diberikan tugas sebagai project manager..... perghhhh ketaq lutut aku.... 1st time ... selama ni aku buat bende2 teknikal jer... dekat 9 tahun...

    bukan x pernah manage project.... tapi project paling besaq aku pernah handle sendiri pun x sampai RM50K...

    hopefully aku bleh manage this project... amin.....

    Accesing MS Access table with _SHIFT DISABLED

    senario:
    aku ada 1 program/database dibangunkan mengunakan MS Access. programmer dia dah disablekan _SHIFT yg membolehkan kita bypass form utk tgk table2 dia.

    keperluan:
    aku memerlukan table2 dia utk tgk structure databse tu...

    solution:
    try carik solution kat net.... x jumpa2.... lama gak... dkt seminggu... tapi pg ni tetiba dpt idea.... dimana ms access membenarkan kita import table dari external databse.... hehehehhe..

    caranya:

    1. create new blank database
    2. import/get external data (File -> Get external data -> import)
    3. select database yg nak di copy....
    4. pilih table dari popup windows tu...
    5. sekarang kita ada link ke table2 dari target database yg kita mahu...

    ini pun sudah mencukupi utk kita baca/copy structure & data dari table2 yg diperlukan...

    **sekiranya databse memerlukan password... sila google cara utk crack databse password terlebih dahulu... byk free tools kat net... (hint: Access PassView)

    Friday, February 5, 2010

    MySQL JOIN tip

    Perbezaan SQL Query dibawah

    select 
            * 
    from 
            table_A
    LEFT JOIN 
            table_B ON table_A.tba_id = table_B.tbb_tbaid
    WHERE
            table_B.tbb_year = '2009'
    
    SQL diatas akan mengembalikan baris yg menepati WHERE condition.

    select 
            * 
    from 
            table_A
    LEFT JOIN 
            table_B ON table_A.tba_id = table_B.tbb_tbaid AND table_B.tbb_year = '2009'
    Manakala SQL diatas ini pula akan mengembalikan semua baris dari table_A dan baris dari table_B yg menepati condition di JOIN query.

    KerasTangan... Earring

    cubaan pertama aku utk berjinak2 dgn seni keras tangan.... kacau wife aku punya barang2 craft.... tadaaaaa.....

    Thursday, February 4, 2010

    Di telan mati emak, diluah mati bapak..

    what to do????

    X mahu ada pihak yg terluka... tapi hakitatnya amat perit nak ditelan...

    Wednesday, February 3, 2010

    Nokia to offer free navigation

    agak ketingalan berita ini... dah tau since day 1 lg... tapi oleh kerana blog x leh post... so KIV dulu...

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/50335-nokia-to-offer-free-navigation-

    Nokia maps.. sebelum ni bg free utk 10 kali pengunaan shj yg dipackagekan sekali masa beli HP. Sekarang dah di edarkan secara percuma... berita yg bagus sekali. memandangkan Garmin Mobile XT mungkin tidak akan disambung development nya utk mobile2 HP.. antara sebab nya Garmin sendiri dah buat HP... hahahha... kita tunggu dan lihat.

    Aku dah install yg latest dan dah guna kan nokia map ni.

    kelebihan:

  • no hang/crash or what so ever... hahaha(just comparing with garmin on E72)
  • voice navigation better dari garmin. x lag sgt.
  • clean interface

    kekurangan:

  • paling utama... peta/map itu sendiri.... x uptodate mcm garmin. as yg kita tahu garmin punya map kita bleh update pakai map/peta yg di edarkan oleh malsingmap or malfreemaps. DUKE highway x complete lg.... nama jalan salah... POI x update etc..etc.. hopefully nokia akan bukak jalan utk membolehkan malsingmap or malfreemap develop maps/peta utk nokia map. it's not easy job utk malsingmap or malfreemap kalau x da kerjasama dari nokia.
  • search function dia limited bila offline. kene online utk dpt lebih result.
  • be carefull dgn sudden voice navigation yg suruh kita turn left/right immediately .... hahahahha... mau x cident kalau siapa x biasa... hehehe

    so far itu yg utama jer... kalau nokia improve dari segi map/peta tu... sure gempak....

  • Tuesday, February 2, 2010

    i'm back... again

    Salam, aku hilang lama ... sebab domain xpired... aku salah memantau... ingat domain satu lg... isk... dah tu... mudah lupa... n now... baru renew domain... atas sebab2 tertentu.. lmabat skit baru renew....

    Thursday, January 14, 2010

    PERL unicode handling

    activePerl 5.10 better in term of handling unicode compare to version activePerl 5.6.1

    but i'm still fail dealing with arabic unicode when extracting from pdf. &^%$#@

    Wednesday, January 13, 2010

    Bagaimana nak install unsigned apps ke symbian S60

    as aku menghadapi masalah dgn garmin mobile xt on top of my wife E72... aku keep on mencari alternative lain utk fungsi GPS di E72.

    kebetulan ada seorg member di forum yg aku join bagi link kepada Nokia.Ovi.Maps.v3.01.4401.s60v3 full crack... unlimited...

    tapi ada 1 masalah... it's unsigned... x leh install terus ke E72.. perlu sign dulu..

    aku masih beginner dgn semua bende2 ni.. almaklumla .. lepas abis study aku x follow sgt pasal HP&gadjet2 ni.... pakai HP yg janji bleh buat call & sms jer... mmg ketinggalan... hinggala wife aku memiliki E72.. aku pun tumpang pakai tanpa perasaan malu... wakakakakkaka....

    berbalik kepada cara utk sign unsigned apps for symbian os.. aku x akan copy paste tutorial dari site lain.. aku cuma bagi link kepada tutorial yg aku rasa simple but terang... http://www.symbian-guru.com/welcome/2009/04/how-to-sign-unsigned-applications.html

    secara ringkasnya apa yg perlu anda lakukan..

  • register di http://cer.opda.cn/en/?module=index&action=register
  • apply cert dari site tersebut. perlu diingat process utk mendapatkan cert agak lama bergantung kepada byk sebab... last aku buat, mengambil masa lebih dar 3 jam... so anda kene rajin cek utk tau status.
  • sementara mengunggu cert siap anda doanload application SignSIS di sini dan install di pc anda.
  • selepas abis install... akan keluar satu popup.. yg paparkan step by step instruction... tunggu je sehingga application for cert anda telah berjaya baru start click option yg last.. utk launch SignSIS...
  • download .cer dan .key yg telah anda berjaya dapatkan dari site td.
  • ikut arahan di SignSIS .... SignSIS akan create 1 file baru yg telah si signed. (pastikan file dlm format *.sis(x))
  • copy file *.sis baru td ke phone anda dan install la seperti biasa..
  • phone akan bg warning mengatakan cert ini utk dev... accept shj ler... hehehehe

    DONE... itu shj...

    *kat sini kita memerlukan kesabaran menunggu cet siap.. mcm mengunggu di di kaunter bila berurusan dgn gomen... huawahahahahhaha...

    so far aku x abis explorer ovi maps ni... tapi mcm smooth skit compare dgn garmin... tapi ada kelakar nya skit... and hati2.... ada 1 term dia.. "immediate turn right" huahahahahaha... bahaya tu...

  • Tuesday, January 12, 2010

    Mozilla Thunderbird... migrating folder

    aku reinstall windows xp aku sebab serangan virus yg aku dah malas nak layan..

    antara yg wajib aku backup adalah folder thunderbird aku yg menyimpan segala macam email sepanjang aku bekerja ni...

    normally secara default folder yg menyimpan segala mcm email kita akan disimpan di

    C:\Documents and Settings\\Application Data\Thunderbird

    tapi aku dah terbiasa menyimpan segala data di partition/drive selain dari c:\ (system partition)

    apabila kita install baru... secara default nya akan pint ke folder default di application data tu la...

    so apa yg aku nak kongsi disini adalah cara mcmana kita nak pointkan folder ke selain dr default folder... maknanya kita create new profile ke existing backup folder@new folder.

    assume kita dah backup folder \Thunderbird di app data ke d:\data\Thunderbird

    install thunderbird seperti biasa.

    bila mana kali pertama kita nak open thunderbird.. kita open dari command line/cmd prompt

    pakai command ini

    "C:\Programs\Mozilla\Thunderbird\thunderbird.exe" -p

    "-p" bermaksud kita force thunderbird utk create new profile utk kita..

    thunderbird akan popupkan dialog box utk kita define new profile and point kan ke folder d:\data\Thunderbird\

    pastu thunderbird anda akan berfungsi sepereti biasa seperti sebelum anda format windows... segala email & password manager akan berfungsi seperti yg sebelumnya...

    itu shj... senang jer... hehehhehe

    Monday, January 11, 2010

    domain name expired...

    sorry lama x update..

    ada miss look skit... aku duk ingat reminder tu utk domain name aku yg 1 lg.. ftmsk.net... aku pun duk buat x tau la... rupanya domain mbek.net... cis... last2 expired dah... hahaha nak renew credit kat webnic x cukup. kene tunggu topup dulu... huwahahahaha... padan muka aku....

    for now blog ni hanya bleh dixcess melalui http://hairulmoktar.blogspot.com