Thursday, October 29, 2009

Ayam Penyet

Hari yang memenatkan...

Pagi hantar wife checkup... so far alhamdulillah everything normal kata Dr. hopefully semua berjalan lancar... amin.

Lepas tu kami mengembara dari utara ke selatan, timur ke barat mencari barang2 yg perlu dicari dan menyetelkan hal2 yg x setel...

Tengahari kami berpakat utk makan ayam penyet. ibu dah mengidam dari awak pregnant lg... abah je x sempat nak bawak ibu. so ibu ajak makan ayam penyet di sunway. restoran ayam penyet ini berhadapan dgn sunway piramid. ada dua kedai ayam penyet di situ... target kami restoran ayam penyet Ria. sebab ibu pernah makan disitu.

cakap byk pun x bleh... tgk je la gambar2 di bawah ni...

Tuesday, October 27, 2009

THE PERFECT DRIFT D1 TOYO NISSAN RPS13

I'm a big fan of drift sport
enjoy....

Friday, October 23, 2009

Birthday Ibu

16hb Oktober birthday ibu. abah x sempat(x da duit sebetulnya) nak bawak ibu g makan2. so just bawak ibu g secret recipe seksyen 18 jer.. dekat dgn rumah.

tapi yg order kek bukan ibu... hairi yg order... hahahhahaa..

Favorite spot Danish

Abang hairi dgn kek kesukaannya

Ibu pilih menu.

Thursday, October 22, 2009

Baby Scan

Menanti ahli baru dalam keluarga

Salam,

Bulan depan.. kalau ikut perkiraan Doktor, dalam 26hb November 2009, kami akan menerima ahli baru dalam keluarga kami. adik kepada Muhammad Luqman Danish. Dah scan, it's boy .... again.... alhamdulillah.... 3 org hero.... semoga semua menjadi anak2 yg soleh. tapi org kata selagi x keluar kemungkinan boy or girl masih ada... kita tunggu je la nanti... apa pun.. anak itu rezeki.

Doakan la my wife selamat melahirkan anak kami nanti tanpa sebarang masalah. doakan dipermudahkan segala2 nya... doakan juga kami dikurniakan anak yg cukup sifat & sedap mata memandang. hensem & macho mcm abah dia dah dikira bonus... hehehehhehe... doakan juga ia nanti menjadi anak yg soleh. hormat kedua ibu bapa dan org2 yg sepatutnya dihormati. taat perintah tuhan dan cerdik serta pandai.

Preparation x mcm masa nak sambut abg hairi dulu. iala kan watu tu mmg zero... hapa pun x ada. bila no 3 ni byk brg2 abag2 dia yg masih boleh digunakan. cuma belikan 2/3 helai baju baru... nanti x belikan merajuk pulak baby tu. hehehehhe

my Mentua plan nak buat Aqiqah cepat2. tapi dari pihak kami pulak... byk bende perlu dipikirkan... paling utama kewangan... my wife nanti bersalin kat spitak swasta.... byk gak pakai duit tu.... kami ni bukan la org senang sgt. tapi aku dah janji utk bg paling baik aku boleh bagi kat wife aku utk melahirkan. kalau nak diikutkan mmg la org kata kat mana2 pun sama jer... kalau nak jadi mana2 pun boleh jadi... tapi doakan la semua nya selamat tanpa sebarang masalah. but itu janji ku kepada isteriku.

Berbalik kepada isu Aqiqah. aku pun serba salah. kang x diikutkan kecik hati pulak mentua aku. nak di ikutkan terpaksa la dipikirkan jugak kantung ku ini.... anak lelaki 2 ekor kambing or 2 bahagian lembu tu beb.... ehhehehee... kalau kat shah alam ni... 2 ekor kambing siap masak... dlm RM1000 gak tu.... blum campur tolak bahagi punca kuasa bende2 lain... hehehehhe.....perancangan aku, kalau ada bonus tahun ni bleh la buat Aqiqah. but bonus biasanya company bayar bulan january. itupun kalau ada bonus. bukan apa. kenduri kendara ni byk pakai duit... bukan bekira..tapi kene gak bekira nak survive sampai hujung bulan... baby baru lahir byk bende nak kene preparekan... entahla...

Mentua aku mungkin x bekira sgt. tapi kenduri anak sendiri x kan nak suruh mentua support... x sesuai gitu.... ntah la.... mungkin tetiba ada cek jatuh dari langit.... pakcik kayo.... hahahahhaha...

Kalau isteri ku baca posting ni... jangan la susah ati... ini biar abah uruskan... cuma abah meluahkan apa yg abah tgh pikir kan... kang duk tahan2 migrain la plak... hahahahhaha... suami awak ni pepaham je ler... hehehhee...

Apapun, doakan la isteri ku selamat melahirkan dan dikurniakan anak yg cukup sifat dan sedap mata memandang... dan jgn lupa doakan dia menjadi anak yg soleh/solehah... amin....

Aku hanya ingin berkata-kata

Aku selalu menasihati/memperingati diriku dan isteriku dan mereka-mereka yg rapat dgn ku...
  • Kita tidak boleh mengandaikan org lain seperti kita. sama pemikiran, sama kemampuan, sama keinginan, sama perancangan..... sama segala-galanya.....
  • Hidup ini umpama roda yg beputar, hari ini kita diatas, ntah esok lusa kita mungkin akan berada di bawah. cuma masanya sahaja yg ditentukan oleh NYA.
  • Pepatah ada menyatakan, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada JANJI. Sebagai manusia kita harus la berpegang pada janji kita selagi janji itu tidak menyalahi hukum/undang Islam.
  • Jangan membalas kejahatan yg org telah lakukan ke atas kita. sebab ianya hanya memanjangkan lagi perbalahan yg x akan berakhir. biarlah mereka di balas oleh NYA.
  • Jikalau kita inginkan org menghormati kita, kita perlulah belajar menghormati org lain terlebih dahulu.
  • Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua org. cubalah memuaskan mereka setakat terdaya yg kita mampu lakukan.
  • X semua cerita kita boleh ceritakan.
  • Anak-anak kita merupakan cermin kepada diri kita.
  • Wednesday, October 14, 2009

    [Linux] Copy Directory Structure

    # cd /new/dir
    # (cd /old/dir; find -type d ! -name .) | xargs mkdir
    

    Danish Dan LEGO

    Danish memang suka main lego.. lego yg ada kat rumah dah x cukup bilangan nya... hasil 'kerja keras' abg hairi.

    Weekend aritu pegi tesco semenyih nak belikan birthday gift abg Hafiz. Danish pau abah lego baru. nak beli yg LEGO betul2 x da duit... hehehe... balik2 terus dia main.. padahal lepas bagun tido tu...

    Tuesday, October 13, 2009

    Push HASH into Array in Perl

    Kawan yg bertanyakan Perl + AD bertanyakan soalan ini.. bagaimana nak bermain dgn perl array. lebih tepat sekali, memasukkan nilai HASH ke dlm ARRAY utk digunakan kemudian nanti.

    contoh disini:

    #define testing var
    my %h = (
     1=>'k',
     2=>'l'
    );
    
    my @a = qw(
     a
     b
     c
    );
    
    #push hash to array
    push @a, \%h;
    
    #processing array
    foreach my $insidea(@a){
     print "- $insidea\n"; 
     foreach my $insideh(keys %{$insidea}){
      print " ->${$insidea}{$insideh}\n";
     }  
    }
    

    Perl + Active Directory

    dua minggu lepas, ada kawan dr forum mintak tolong bg idea + solution utk project involve Perl + AD.

    Idea kawan tu, dia nak dpt automatic credential user yg browser dari perl script yg diaccess ke server utk membolehkan perl script tu auth kan user terus ke AD.

    idea dia menarik dan praktikal tetapi implementation dia agak complicated. windows sendiri tidak membenarkan secara langsung browser access info yg diperlukan.

    option pertama, Web server boleh mendapatkan maklumat REMOTE_USER dari environment variable. tapi REMOTE_USER x stable. kadang2 dpt maklumat, kadang2 x dpt. so cara ni x leh di laksanakan.

    option kedua, pakai javascript + activeX. tetapi ini hanya jalan kalau mengunakan IE sahaja. firefox, chrome, opera.... X JALAN.... so cara ni pun x leh di laksanakan.

    option ketiga, from server query balik client pakai LANMAN, tapi option ni hanya bleh buat bila dlm LAN shj, bukan WAN sebab server dgn client kene ada communication dalam network. so cara ni pun x leh di laksanakan.

    aku kehabisan idea... other option x bleh mengharapkan perl shj la... Java Applet boleh membantu rasanya. ataupun 2rd patry aplication.

    Aku ada baca pasal IIS dgn install certificate di client.. tapi aku x paham apa yg aku baca.... hahahha...

    Wednesday, October 7, 2009

    Distributor

    Akhirnya... dpt gak aku tukar distributor kete aku yg dah nazak betul tu... x dpt yg ori proton tp made in taiwan... save budget. hehehehehe.

    so far so good. dpt test dari workshop sampai rumah je td.. aircond on and roundabout x de masalah lg... harap2 berkekalan... penat & pening dah bawak kete yg bermasalah... bahaya gak, kene kuar simpang kete mati... naya jer... pernah jadi sekali aritu.. kuar sipang kete mati... sib baik kete lain jauh lg... kalau x x tau apa jadi...

    Dari weekend aritu sakit kepala aku x ilang2... mlm td makin menjadi2... td kat opis balik lunch aku x leh buat keje dah... dah telan panadol pun x jalan... nak balik ada bende nak kene buat...

    Esok org air cond nak dtg rumah cek air cond rumah aku yg mengong ni.... outdoor unit buat bunyi bising bila on... motor dia dah kaput. x sure diaorg ada sparepart or not... hopefully ada la... kalau x der.. buta2 aku kene bayor RM50 tanpa masalah dpt diselesaikan... worst case... nak kene ganti aircond baru... satu hal lg.... x leh la x de air cond... rumah ni panas gile waktu mlm... x leh nak tido...

    mintak2 semua berjalan lancar la utk esok.... aminnnnnn

    Monday, October 5, 2009

    Open House

    Last weekend... ada 4 open house...

    3 aku dpt pegi... 1 x dpt pegi... sorry to azleena.. my best pren... x dpt nak pegi.. pakai kete pinjam... dah lambat kuar rumah.. x dan nak menjengah ke negeri sembilan tu....

    Hari Sabtu open house umah Kak Ani, Mak Usu & Azleena... balik tumbang... hahahha

    Hari Ahad rumah kak maz, aku dtg 3 trip... pagi ... ptg utk full majlis... and malam utk tapau nasi himpit & sambal kacang(ada org ngidam) hahahahhahaa. Nasi himpit + kuah kacang, kuah lodeh, ayam masak merah, kari daging.... laksa... nasi lemak.... mee hoon goreng.... drumet ayam.... mcm2 lg la.... kenyang giler... hahahahhaha

    Ni Gambor Tuan Rumah yg kepenatan melayan tetamu.. siap leh lentok tepi tangga... sian tuan rumah..

    gambor terpaksa di remove sebab owner gambor x sampai hati tgk muka sendiri mcm org asli katanya.... wakakakaka

    Sorry Tuan rumah.. kami post gambar candid... hehehehe....