Saturday, July 30, 2011

Mana lebih susah?

buat sistem development tak susah sangat pada aku jika dibandingkan dengan kejar payment dari client.....

hehhehehehehe.....

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya


Credit photo: www.suterablogger.com

Sudah lama betul rasanya aku sendiri tak merasa begini punya teruja dengan pasukan bola sepak malaysia.. dikenali sebagai Harimau Malaya...

Walaupun malam tadi kita kalah kepada Singapore, tapi aku tetap menyokong pasukan sekarang ni selagi diaorg melakukan yang terbaik.

Malam tadi memang aku betul-betul kecewa dengan pertahanan Malaysia. ketiadaan Aidil, Shafiq & Mat Yo memang bagi impak besar. dan yang pasti malam tadi memang Khairul Fahmi & Safee Sali punya game... yg lain.... x byk membantu...

Ketepikan lakonan pemain Singapore, kalau kita leading mcmtu pun kita akan buat perkara yang sama. ini adalah normal permainan bola sepak.

Aku bukan pakar main bola, tapi cadangan aku supaya king gopal cari pelapis utk geng2 ni... aku rasa skuad olimpik ada 2/3 org boleh pakai... itu hanya cadangan...

Khairul fahmi mmg on form skrg... aku suka reflect dia... as aku pun pernah main as keeper dulu(tapi level kampung je la... hahahhaa) so aku sedikit sebanyak admire khairul fahmi punya stail permainan... dia keeper ke2 malaysia aku suka selepas Khairul Azman Muhammad... ada karisma... hahahaha... mugkin secara kebetulan semua nama awal mereka sama ...

pertahanan aku still suka Nurhafiz Zamani Misbah... tapi dia tak fit kalau x silap aku, itu yg king gopal tak ambik dia... rasa kalau dia ok king gopal should consider dia balik la... mcm pemain dari skuad kim swee mcm wan zack haikal pun not bad kalau boleh dicuba.

Pemain lain yg menarik perhatian aku mcm Amirul Hadi Zainal... dia rajin... chop!!! dia ni anak zainal abidin hassan ke? sebab anak zainal kalau x silap aku ada main bola kan... ?????

Apapun ini pandangan perinbadi aku je. aku tetap sokong team harimau malaya sekarang ni. selagi diaorg buat terbaik. kalah menang adat permainan tetapi kalau kalah sekalipun biarla KALAH BERMARUAH.

My Projects

Salam jumaat semua,

Selepas bekerja sendiri ni aku rasa ada perlunya juga aku publish hasil kerja aku. Mana tau ada yang berminat boleh la hubungi aku.

nak publish semua kerja2 aku sebelum ni agak mustahil. sebab dari 2001 sampai harini aku sendiri pun dah x ingat mana yg aku buat. Kalau jabata kerajaan tu ada yg dah jadi sejarah. mcm KPU - Kementerian Perusahaan Utama.. sebab malaysia ni ada habit suka merge jabatan etc... so mmg tak wujud dah la kalau portal or online apps refer kepada diaorg tu. Kalau swasta pun sama gak mcm pernah buat project reporting utk Austral Enterprises Berhad. dulu anak syarikat I&P pastu merge bawah golden hope pastu merge lg ntah dgn sapa... lost dah aku... hahahahha

Banyak gak project2 aku untuk intranet yg mmg org dr luar x leh xcess. dan ada jugak project2 diklasifikasikan project2 berprofil tinggi (cewah.. term x hengat) yg kalau aku publish... tu ha... kemunting akan menjadi tempat tinggal aku...

rugi tu... kalau tak bleh masuk resume... hehehehehe

Mat salleh panggil expertise kalau bahasa melayu kita panggil kepakaran... aku x pakar mana pun tapi lebih kepada programming menggunakan bahasa pengatucaraan PERL and CGI utk web base development. Javascript etc...

Selain itu aku juga bertanggungjawab dalm penyediaan web, ftp & mail server diatas platform windows & *nix...

Sistem integration juga merupakan expertize aku. paling besar aku pernah buat untuk integrate 17 sistem berbeza digabungan untuk menjadi satu sistem laporan berpusat untuk 1 jabatan kerajaan diputrajaya. 17 sistem berbeza mengunakan language berbeza dari asp, php & java... dan juga database berbeza dari MySQL, MSSQL, Oracle etc...

diawal penglibatan aku pada awal tahun 2001 dgn dunia IT ni aku byk buat website & portal sistem. Disatu waktu tu kerana selalu sgt buat bende yg sama, aku came out dgn script/framework aku sendiri utk portal sistem.

Next post aku akan cuba listkan antara project2 yg dah complete....

Tuesday, July 26, 2011

Laptop atas kereta

Salam semua... lama nak menulis... terbz skit yg x produktif...

alkisah nya, mlm td selepas balik menziarah org sakit di batu tiga, kami anak beranak singgah makan di Ani Sup Utara seksyen 2 Shah Alam. target ke situ sebab nak lai che kang dia yg best... sampai pun dah dkt kul 10... so byk menu dah abis... danish yg nak makan bubur pun kecewa sebab bubur dah abis... menambah kekecewaan dia bila orange juice dia pun abis.. terpaksa tukar ke air laici... hehehe sian danish.

selepas kenyang, kami pun berangkat balik.. saya mmg bawak kehulur kehilir MBP saya ni... nak tinggal rumah pun takut sebab dah ada kes jiran kene pecah masuk rumah dia... 3 biji laptop hilang... seriau saya.. ni je la harta sumber rezeki saya. kalau hilang... tak tau nak kata apa dah.

ke kereta saya dokong aqeel sambil mengepit MBP saya celah ketiak. bila wife dah masuk kete saya nak pass aqeel ke pada wife saya letak dulu MBP saya atas bumbung kereta. lepas aqeel masuk kereta... saya terus masuk kereta dan memandu balik kerumah. kebiasaan nya saya suka merempit bila jalan kosong.. tapi mlm td saya leh bawak santai sambil hirup angin malam yg sejuk.. almaklumla aircond kereta bermasalah skit. hehehe nak service tokei workshop tu kata min RM800 sebab double blower... hampeh.....

sampai kat rumah lepas bukak pintu pagar, masuk balik kereta baru saya sedar MBP saya x ada dgn saya.... sudah.... mcm terputus sekejap nafas saya....... terus keluar jengah atas kereta.... ahhhhhh... lega... MBP saya masih ada atas kereta. nasib baik tak jatuh... kalau jatuh menagis tak berlagu la saya mlm tadi.... nasib baik gak bumbung kete tu ada roof rack... so dia prevent dr MBP tu mengelunsur ke kanan or kiri.... nasib baik gak saya bawak slow... kalau laju... adus........

bila pikir2 balik.... mau mengigil saya... RM9k++ tu.... 1st time pakai laptop rege mcm ni... downpayment rumah pun hampir lepas tu....

Aku bersama 'bini' no 2 aku.. MBP 17"..

Sunday, July 10, 2011

Wish

diaorg offer aku Toyota Wish jika aku kembali menyertai mereka semula. fully paid by company. saja je kan. dah tau mmg aku suka sgt dgn Wish ni.

keputusan aku? entahla ... offer nya mmg tempting... tapi byk bende nak kene pikir....

bukan belagak, bukan jual mahal..... tapi byk perkara aku kene pikirkan masak2 dulu....

.......

Friday, July 8, 2011

iDVD

dah lebih 1/2 tahun pakai Mac... hari ni baru aku terhegeh-hegeh nak burn DVD movie.. 1st time pakai iDVD... terkial2 aku nak pakai...

macam biasa... tanya pakcik google la camna nak pakai... dan dibawah ni aku listkan step2 utk beginer noob mcm aku nak pakai iDVD..

  1. Open "Applications" folder. Double-click on the iDVD application.
  2. Create New Project, Save it.
  3. Open the "File" menu and choose the option to create a "OneStep DVD from Movie."
  4. Use the "Open" menu to navigate to the AVI file. Click on the file to select it and click "Import."
  5. It'll take some time depend on ur movie size...
  6. Load a blank DVD-R disc into the optical drive when the "Disc Insertion" prompt appears. The disc will burn and eject automatically when finished.
*tgh tunggu KL Gangster aku siap burn.... nk tgk wayang tak ada org nak teman....