Friday, January 27, 2012

Kedai Makan

Tiba-tiba teringat satu kenangan sewaktu out station masa mula2 kerja dulu.

Masa tu kene buat installation di client site(tahun 2002 kalau tak silap aku). ptg tu kami pergi ke ladang/estate tempat kami akan buat instalation. survey2 keperluan dan apa yg kami perlu sediakan. keluar dari ladang dah agak malam... sebelum balik ke hotel. kami singgah dulu di kedai makan di suatu tempat di kawasan temerloh (kerdau lebih tepat). kami sampai di kedai makan tu dalam pukul 10+-mlm..

as semua tgh lapar, kami order agak byk, dari lauk2 standard sampai la ke sup ekor(1st time makan sup ekor waktu tu... and still the best sup ekor aku pernah rasa). semua sekali ada dlm 4/5 org yg makan. memang semua tgh kelaparan.... sambil diaorg bersembang lepas makan aku ambik kesempatan menyiapkan preparation utk installation esok pagi.

Air dah masuk 3 kali order. diaorg semua masih bersembang sebab menemankan aku siapkan preparation utk esok pagi nya. sebab kalau dah balik bilik... sure terus kaboommm....

aku siap/setel ngam2 bila battery laptop aku pun nak habis... masa tu jam dah dekat pukul 2 pagi. baru perasan tinggal kami satu meja sahaja yg ada kat kedai makan tu.

Panggil tokei kedai tu suruh kira... bila dpt duit balance... membe sorg tergerak nak bertanya kat tokei kedai tu.... pukul berapa tutup kedai...... jawap tokei kedai tu... dengan senyuman yg x pernah putus... ".... biasa tutup pukul 11 lebey atau pukul 12...." .... tergamam kami semua.... mintak maaf banyak2 kami kat tokei kedai tu... tapi dia sedikit pun tak marah akau buat masam muka....

apa yg membuatkan kami x perasan ialah:

  1. Tokei kedai@pelayan dia tidak menunjukkan tanda2 atau apa2 signal pun kepada kami mengatakan yg dia dah nak tutup kedai.
  2. Tak tutup 1 lampu pun padahal tinggal kami satu meja sahaja kat kedai dia.
  3. Tak susun satu kerusi pun sebagaimana tanda2 org nak tutup kedai seperti mana biasa yg dilakukan kedai2 makan yg biasa kita singgahi.
  4. tokei kedai@pelayan tak ada pandang kami pun.
  5. walaupun kami buat order kali yg ke 3/4 utk air itu pun dia x da cakap kedai dah nak tutup... dia masih menerima order kami. masih sedap gak air yg mereka buat.

Cuma yg kami perasan mereka semua berkumpul depan tv ramai2.... tu jer.....

Malu & Kagum dgn tokei kedai tu. sebelum balik kami minta maaf cukup2 dgn tokei kedai & pelayan2 dia... kami masuk kereta shj baru mereka semua tutup lampu & susun kerusi meja semua....

kalau di KL? payah nak jumpa mcm tu.......

No comments: