Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Trip Ke Perak Oct 2011

Terlanjur ada kerja sikit di perak & akak ada voucher percuma stay di Bukit Merah Lake Town Resort, aku bawak sekali wife & anak2 + adik ipar aku yg baru abis PMR.

lebih kurang 700KM gak la total perjalanan. tu pun bertambah sebab ada plan terkejut menyimpang ke Cameron Highlands. Seumur hidup ni la kali pertama menjejakkan kaki ke Cameron Highlands.

Sebelum sampai Bukit Merah, sempat gak la menyinggha ke kuala sepetang untuk mencuba Mee Udang yg femes tu.

Bukit Merah Lake Town Resort, tempat OK... but tak segah namanya la... pada aku la.... but anak2 have fun dkt waterpark (even waterpark aku rasa better lg Bukit Gambang).

post berikut nya nanti aku postkan gambar2 yg kami snap sepanjang trip terkejut kali ni.

Penat gak la... sampai hari khamis tu dah mlm... hehehhee...

Wednesday, August 3, 2011

History of 10

masa nak ambik baju kat bilik terperasan bende ni... 10 helai baju T..... kebetulan bersamaan dgn 10 tahun.... hahahha kebetulan betul...

Saturday, July 30, 2011

Mana lebih susah?

buat sistem development tak susah sangat pada aku jika dibandingkan dengan kejar payment dari client.....

hehhehehehehe.....

Friday, July 29, 2011

My Projects

Salam jumaat semua,

Selepas bekerja sendiri ni aku rasa ada perlunya juga aku publish hasil kerja aku. Mana tau ada yang berminat boleh la hubungi aku.

nak publish semua kerja2 aku sebelum ni agak mustahil. sebab dari 2001 sampai harini aku sendiri pun dah x ingat mana yg aku buat. Kalau jabata kerajaan tu ada yg dah jadi sejarah. mcm KPU - Kementerian Perusahaan Utama.. sebab malaysia ni ada habit suka merge jabatan etc... so mmg tak wujud dah la kalau portal or online apps refer kepada diaorg tu. Kalau swasta pun sama gak mcm pernah buat project reporting utk Austral Enterprises Berhad. dulu anak syarikat I&P pastu merge bawah golden hope pastu merge lg ntah dgn sapa... lost dah aku... hahahahha

Banyak gak project2 aku untuk intranet yg mmg org dr luar x leh xcess. dan ada jugak project2 diklasifikasikan project2 berprofil tinggi (cewah.. term x hengat) yg kalau aku publish... tu ha... kemunting akan menjadi tempat tinggal aku...

rugi tu... kalau tak bleh masuk resume... hehehehehe

Mat salleh panggil expertise kalau bahasa melayu kita panggil kepakaran... aku x pakar mana pun tapi lebih kepada programming menggunakan bahasa pengatucaraan PERL and CGI utk web base development. Javascript etc...

Selain itu aku juga bertanggungjawab dalm penyediaan web, ftp & mail server diatas platform windows & *nix...

Sistem integration juga merupakan expertize aku. paling besar aku pernah buat untuk integrate 17 sistem berbeza digabungan untuk menjadi satu sistem laporan berpusat untuk 1 jabatan kerajaan diputrajaya. 17 sistem berbeza mengunakan language berbeza dari asp, php & java... dan juga database berbeza dari MySQL, MSSQL, Oracle etc...

diawal penglibatan aku pada awal tahun 2001 dgn dunia IT ni aku byk buat website & portal sistem. Disatu waktu tu kerana selalu sgt buat bende yg sama, aku came out dgn script/framework aku sendiri utk portal sistem.

Next post aku akan cuba listkan antara project2 yg dah complete....

Sunday, July 10, 2011

Wish

diaorg offer aku Toyota Wish jika aku kembali menyertai mereka semula. fully paid by company. saja je kan. dah tau mmg aku suka sgt dgn Wish ni.

keputusan aku? entahla ... offer nya mmg tempting... tapi byk bende nak kene pikir....

bukan belagak, bukan jual mahal..... tapi byk perkara aku kene pikirkan masak2 dulu....

.......

Saturday, June 25, 2011

Bekerja dari rumah

sudah 2 bulan aku bekerja dari rumah.

betul-betul mencabar. harap-harap aku dapat menghaunginya dgn jayanya.

dari segi disiplin yg paling utama. mcmana nak manage masa dirumah. betul2 mencabar. tilam, tv, anak2 semua dpn mata...

betullah apa yg sepupu aku nasihatkan masa aku ambik keputusan utk buat kerja dari rumah. dan aku mmg merancang utk spent masa gak utk buat kerja di luar rumah. bukan apa, kadang2 utk sesuatu bende tu kita perlukan surrounding yg betul2 bebas dari ganguan.

ingat nak pergi perpustakaan shah alam, tetapi perpustakaan tutup dari bulan 3 aritu sampai dimaklumkan. diaorg berpindah dari lokasi sekarang ke seksyen 13.... adus... aku tgh x da idea nak cari tpt mana utk waktu ni. mencari gak kawan2 yg ada office sendiri bleh gak aku tumpang meja & kerusi. tapi byk membe buat business di luar shah alam/kl. penang, perak, jb etc....

dan cabaran yg paling besar..... RINGGIT MALAYSIA...... hahaha... sebelum ni selama 10 tahun cukup bulan dah boleh cucuk kad... skrg dah tak mcm tu lg... payment ikut client punya mood..... seksa woooo... kene kejar client mintak payment. apapun aku bersyukur masih ada rezeki yg diberi oleh NYA. mintak2 dipermudahkan segalanya... amin....

raya dah nak dekat..... huhuhuuhuuhu....

Sunday, May 15, 2011

Keputusan

Keputusan yang aku ambik unuk melepaskan jawatan memberikan impak yg lebih besar dari yg aku sangkakan.

ia melibatkan diri aku sendiri, keluarga, kenalan dan majikan....

Ada yang suka dan tidak kurang juga yang mendapat kesan negatif dr peletakan jawatan ini.

Yang aku nampak semua berpunca dari perasaan SAYANG... kita akan melakukan apa juga yg kita mampu utk mempertahankan sesuatu yang kita sayangi... cuma kadang2 kita melakukan kesilapan yang kita tidak sedari.

Ya, semua yang berlaku ini berpunca dari aku. dari keputusan yang aku buat. aku minta MAAF kepada mereka2 yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. aku bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan ini. MAAF sekali lagi.

Aku tahu bukan senang utk kembali kepada keadaan seperti sebelumnya.. tapi bgla aku peluang untuk teruskan hidup ini.

Sekali lagi kepada SEMUA yang terlibat... aku minta maaf sekali lagi.

Thursday, May 5, 2011

i'm Freelancer....

Salam semua.....

Saya memulakan langkah sebagai programmer bebas... semoga langkah saya diberkati dan doakan kejayaan saya.

Selamat.......

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Hari Pekerja 2011...

Friday, April 29, 2011

Resign

Mengambil keberkatan hari jumaat... hairi ini 29hb April 2011... bersamaan hari pertama launching iPad2... hahahaha... setelah sembilan tahun dan sebelas bulan aku bekerja dgn OSDC.... aku baru sahaja menghantar surat perletakan jawatan aku sebagai senior programmer di OSDC.

Bukan keputusan yg mudah untuk aku buat. Tetapi terpaksa aku buat demi memikirkan diri ini juga. rasanya dah lama aku tak buat keputusan untuk diri sendiri selepas aku kahwin.

Terima kasih OSDC diatas segalanya selama ini...

Tuesday, April 19, 2011

One Step Closer To The 'END'

Keputusan Besar....

Antara Keputusan besar yg perlu aku buat selepas aku buat keputusan utk kahwin....

sebelum dan selepas.....

ada dan akan tiada...

......

...........................

akan ada org yg kata aku manja... terlalu selesa didalam comfort zone aku....

akan ada org kata aku mengada-ngada.....

akan ada org kata aku ikutkan hati......

.............................

Friday, April 1, 2011

Alhamdulillah & Syukur

Syukur & Alhamdulillah...

seperti yg telah dijanjikan kepada aku... mulai bulan ini aku akan menikmati tangga gaji yg baru.... as aku cek kat maybank2u td ni... gaji dah di bank in cuma masih floating lg... and angka yg terpapar melegakan aku.... may be x sebanyak gaji2 mereka2 di luar sana... tapi pertambahan 25% dari bulan lepas dan total dari yg dijanjikan menjadi 65% dari sebelum ini...

Alhamdulillah,,,, syukur... semoga dimurahkan rezeki lg....

*next week aku akan berkampung di sarawak selama seminggu lebeh..... hehehhe .. last week 4 hari stay kat kuching.... nanti aku update story kat kuching

Sunday, March 20, 2011

Elections...

DUN Sarawak akan dibubarkan isnin ini... ini menandakan yg kerja yg byk menanti aku sehingga hari mengundi nanti...

my political view? aku atas pagar... jgn drag aku kekancah politik ... aku belum bersedia...

tugasan aku hanya melkasanakan amanah yg diberikan.

Next week may be selasa aku kene turun sarawak.... and then mcm biasa penamaan calon sehingga hari mengundi aku terpaksa berkampung di sarawak...

Sarawak merupakan cabaran yg besar bagi aku... sebelum ini di galas, tenang, merlimau & kerdau... hanyalah pilihanraya kecil shj. tetapi utk sarawak, ia adalah pilihanraya negeri... setakat ni ada 71 DUN .... and x rasmimya ada 800++ daerah mengundi dah beribu saluran....

bentuk muka bumi & kemudahan komunikasi merupakan cabaran utama aku yg paling besar... doakan aku dpt melunaskan tanggungjawab yg diberikan dengan jayanya... amin...

Friday, February 18, 2011

my workstation [office]

kalau sebelum ni workstation aku kat rumah... ni aku post plak gambar workstation aku kat opis..

selari dgn workload yg semakin bertambah...

my workstation [updated]

sebelum ni ada post pasal aku punya workstation kat rumah...

aku baru sempat snap gambar...

simple jer.. sebelum ni aku mmg x ada tpt khusus kalau nak buat kerja kat rumah... janji dan je... meja makan .. sofa.... janji leh letak punggung aku buat tempat kerja aku..

bila dah ada tpt sendiri ni selesa skit nak ngadap komputer...

x la grand sgt... tapi cukup bg aku jika compare kan dgn sebelum ni... hehehehe... peace...

Thursday, February 10, 2011

new place, new env, new working style...

bermula dari pertengahan bulan lepas, aku berpindah pejabat. dari seksyen 13 shah alam ke kota kemuning shah alam.

syarikat? masih disyarikat yg sama tapi disebabkan syarikat telah merge dgn satu lg syarikat lain.

setakat ini walaupun ada perubahan dari cara bekerja, aku masih boleh menerima susana kerja baru ini. al maklumla sebelum ini ada 2 org jer boss.. sekarang ni dah bertambah lagi sorg.

tempat kerja boleh dikatakan lebih selesa. alhamdulillah.

cuma aku sedang menantikan berakhirnya bulan march. sebab bermulanya tangga gaji baru utk aku... kalau ikut seperti yg diberitahu la... mintak2 yg terbaik.... amin...

kelamkabut skit kebelakangan ini.. out station ke tenang... di sertakan dgn banjir besar yang menghalang aku dari meninggalkan pekan labis... hahahah pengalaman betul....

next... merlimau plak.... x sure camna arrangment nya... rasanya aku kene turun gak utk handle system dari ground....

apapun pray for me... semoga 2011 lebih baik dari tahun2 sebeum ini... amin

Monday, January 3, 2011

New year & new MacBook Pro 17

Selamat tahun baru...

alhamdulillah aku menyambut tahun baru dgn laptop baru.... MacBook Pro 17"

Lama dah mengidam.. akhirnya dpt merasa gak pakai...

tapi byk bende nak kene belajar lg... sebelum ni almost semua development pakai windows... sekarang nak start pakai Mac Os X plak...

ada installer vmware... tapi nak try buat development pakai mac dulu... kalau x bleh baru start pakai winxp on top of vmware..... wish me luck...

sorry gambor x sempat transfer... tgh mengodek perl + mysql + apache ..... x setel2 dari kelmarin.... byk module2 yg x compatible.. kene readjust itu dan ini...

Tuesday, December 28, 2010

Outstation.... lagi....

besar kemungkinan aku kene pegi outstation lg... from 22hb hingga 31 hb jan 2011 nanti....

tapi the best part nya... tpt outstation tu dkt jer dgn kampung aku..... hahahhahaha.... ada yg aku stay rumah mak & abah aku jer ni kang.... huhuhuhuhu....

apapun masih x confirm... tapi kemungkinan tu besar la... tgk la macamana nanti.

Monday, December 13, 2010

my Workstation@home

akhirnya...

aku ada workstation aku sendiri kat rumah. yg proper.. maksud aku meja and kerusi utk mengadap laptop.

sebelum ni aku gunakan sofa & meja kopi... ataupun aku tumpang workstation wife aku.

x la complete sgt. tapi cukup utk 2 biji lappy & 1 mac mini + monitor.

nanti ada masa aku snap gambar nya.