sejak kebelakangan ni... paling tepat lepas raya... mmg aku terasa amat sibuk sekali... jarang dpt balik keje on time.. tido mmg la x pernah cukup...
ada 2 projek yg perlu aku hadapi sejak kebelakangan ini... alhamdulillah semua nampak mcm ada sinar kejayaan ... cuma doakan sahaja semua nya mendapat pulangan yg sepatutnya.
2 projek ini memberi tekanan yg berbeza.
projek pertama lebih kepada memenuhi piawaian dan standard yg perlu dipenuhi oleh kami. kami atau aku lebih tepat sekali, agak lemah dari segi term2 gempak & hebat yg byk digunakan org2 marketing. bila presentation aku agak blur bilamana soalan mengunakan term2 sebegitu... tapi bila diterangakan dari segi teknikal... itu la yg mereka maksudkan... hhahahhaha....
dan semalam, kalau betul apa yg aku dpt tau... kami dpt projek itu... cuma peruntukan yg diterima tidak seperti yg kami minta... dikurangkan... janji dpt.. cuma plan asal utk projek pertama ini ada pembangunan 2 sistem... tetapi oleh kerana peruntukan nya x seperti di harapkan... berkemungkinan ianya hanya pembangunan 1 sistem sahaja. amin.
untuk projek kedua, agak tertekan bermain dgn data dan sumber data... pertama kali aku bergelumat dgn data sebesar ini... ada 1 table database ni, ada 27juta row... 27juta bukan 27 ribu...
isu juga timbuk bilamana struktur data2 berkaitan lain tidak di bina dgn betul.... berterabur... bila data makin membesar... satu hal pulak nak sruktur semula.
bayangkan, ic@ no kad pengenalan yang sepatutnya sesuatu yg unik.... boleh tie kepada lebih dr seorg... mengong... tu belum bende2 lain lg...
satu lg.. pengunaan standard kod... mampu keluarkan kod rujukan mereka... lepas tu.. setiap agensi pun sesuka hati pakai kod rujukan mereka sendiri.... hampeh....
bermain dgn data2 yg besar ini memerlukan perkakasan yg berkemampuan tinggi.. aku hanya dgn laptop berumur dkt 4 tahun.. agak terasa keperitan nya.. dari segi RAM, Hard disk dan processor..... hopefully dpt pakai Mac Book plak lepas ni... aminnnnn......
MSU?
lepas raya aku dpt panggilan untuk interview di kampus MSU baru Shah Alam. asalnya wife aku yg hantar resume ke MSU. dia pun submit resume aku sekali.
masa interview mmg hancus la aku... aku more on business oriented punya kerja... bukan ikut buku 100%. janji projek jalan... sebab kalau ikut betul2 buku sekolah... mmg x deliver la projeck... or kalau deliver pun jadi projek Gajah Putih. mungkin lapangan lain mmg kene ikut buku 100%... but not system development... pada pendapat aku la....
aku kene questionkan oleh prof yg interview aku lepas peperiksaan teknikal tu. dia kata kenapa aku campurkan OOP dgn structured? hahahahha sebab aku jawab base on apa yg aku biasa buat... hahaha... dia kata apa yg aku jawab semua salah.... bercampur aduk.... dia kata kalau aku masuk team dia.. aku kene follow style dia.. kene prepare semua struktur & flow serta semua cucu cicit data dictionary sebelum start coding.... yg mana betul la tu... kita kalau masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang lembu mengembok... field dia dgn aku berbeza.. kalau business aku ikut apa yg dia praktikkan... sah x digunakan sistem aku tu nanti... client ni masa nak sistem ckp sistem kecik je... tapi bilamana dah nampak capability sistem.. tu yg nak tambah itu dan ini.... yg mana nampak menyusahkan tetapi $$$$$$$$$$$$$$$$ bagi kami sistem developer... hahahha...
tapi aku seronok pegi interview tu.. byk gak ilmu yg aku dpt dr prof tu.. dia bukan sahaja interview aku.. tapi bagi ilmu2 yg aku pun x tentu dpt kalau x pergi interview tu.
lepas 2 minggu aku dpt call dr HR utk attend sekali lg interview. alhamdulillah.. TETAPI... setelah berbincang dgn wife... pastu dgn my sifu... seterusnya my BOSS..... aku ambik keputusan menolak offer dr MSU tu... it's a though decision... berat tu... MSU dah menapak kuat ... bangunan baru dia sebelah TESCO XTRA/NKVE tu very2 the tempting wan.... but aku terpaksa pikirkan byk bende... mungkin jodoh aku blum lg... insyaallah... mana tau... 1 day nanti....
hopefully janji yg aku terima menjadi kenyataan.... amin...
No comments:
Post a Comment