Thursday, October 22, 2009

Aku hanya ingin berkata-kata

Aku selalu menasihati/memperingati diriku dan isteriku dan mereka-mereka yg rapat dgn ku...
  • Kita tidak boleh mengandaikan org lain seperti kita. sama pemikiran, sama kemampuan, sama keinginan, sama perancangan..... sama segala-galanya.....
  • Hidup ini umpama roda yg beputar, hari ini kita diatas, ntah esok lusa kita mungkin akan berada di bawah. cuma masanya sahaja yg ditentukan oleh NYA.
  • Pepatah ada menyatakan, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada JANJI. Sebagai manusia kita harus la berpegang pada janji kita selagi janji itu tidak menyalahi hukum/undang Islam.
  • Jangan membalas kejahatan yg org telah lakukan ke atas kita. sebab ianya hanya memanjangkan lagi perbalahan yg x akan berakhir. biarlah mereka di balas oleh NYA.
  • Jikalau kita inginkan org menghormati kita, kita perlulah belajar menghormati org lain terlebih dahulu.
  • Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua org. cubalah memuaskan mereka setakat terdaya yg kita mampu lakukan.
  • X semua cerita kita boleh ceritakan.
  • Anak-anak kita merupakan cermin kepada diri kita.
  • 1 comment:

    Fardahila Binti Omar said...

    apa yg abah cakap tu betul..pemikiran org x sama dgn kita begitu juga keinginan...