Tuesday, September 29, 2009

Bukan Raya Hairi Tahun Ni

Tahun ni bukan hari raya Hairi... raya ke-6 hairi kene air panas kat peha. water heater rosak. sian hairi.

Dr. x bg balut luka tu... biar cepat kering... tapi hairi takut bila tgk luka yg besar mcm tu.... so dia hanya baring shj. mengharapkan ibu n abah dia temankan/jaga dia.... x bg tinggal. sib abik ada cik nanang tolong jaga hairi sambil tgk TV..

Abah pun kuatkan semangat jer cuci luka hairi tu... tapi hari pertama abah x berani buat... abah hantar ke klinik suruh Dr. tolong buatkan.... lepas tu baru abah berani cuci bila dah x teruk sgt.


hairi takut tgk luka dia...sampai tertidor dia...

Masa ni baru kene... x mengelembung lg...

Life Goes On

Cukup la beraya seminggu... start keje balik... life goes on....

raya tahun ni meriah, cuma ada musibah sikit menimpa abg Hairi. Abg hairi kene air panas dari malfunction water heater kat kampung nenek ibu. sian abg hairi. teruk melecur peha dia. sib baik x kene 'bird' dia... hehehehhe...

Abg mie byk ambik gambar family raya ni... tapi x dpt nak ambik gambar kami sekeluarga sebab pertindihan masa dgn aktiviti lain. so, hanya kami sekeluarga jer yg x da gambar bersama raya ni... yg lain semua ada... sian kami kan....x pe... open house umah kak ani weekend ni kami vogue gila2 ..jgn x ambik gambar udah ler.

Tuesday, September 15, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430h/2009m

Copyright Reserved

Persiapan hari raya anak2 almost complete. tu yg penting. mak pak x kisah sgt. budak2 tu cepat membesar. byk baju2 dah x muat. nasib baik belikan baju melayu diaorg ambik 1 size bigger. bila balik test. ngam2 jer... terasa mcm cepat sgt anak2 tu membesar. mcm baru aritu mandikan diorg dlm bathtub.

Abg Hairi dah pandai nyanyi lagu raya, walaupun dlm versi gubahan dia sendiri. hehehe...

tinggal nak carikan sandal utk diorg.

utk ibu kita last minute shopping yer...

balik kg kali ni besar kemungkinan aku terpaksa pinjam kereta org utk balik kg. kereta aku x solve gak masalah mati2 nya tu. even aku dah hantar ke workshop last week pun masalah x hilang. pomen aku suh tukar distributor. tapi itupun dia x dpt nak janji problem will solve.so aku decide dari bg duit kat pomen ... baik aku simpan utk spent pada hari raya nanti. itu pun aku mcm dah menyesal antar g workshop last week.. duit melayang... masalah x ilang gak.

Nasib baik kak cha ada offer pakai MyVi dia. thanxs kak cha. hopefully muat la barang2 aku nak disumbat dlm boot MyVi tu nanti.

Raya ke-2 baru aku balik kg. tahun ni turn rumah wife kat shah alam. so sesapa yg ada kat shah alam jemput la dtg rumah kami.

Mood raya dah menguasai diri... semua kerja mcm x betul jer buat. even semalam g client site pun .. x leh nak solve kan problem kecik. aku x leh nak pikir lebih2 dah... mood raya sudah menguasai diri... hahahhahahaha

Selamat hari raya aidilfitri dari aku(Hairul, Mbek @ Ayun) + Fardahila bte Omar = Muhammad Luqman Hairi & Muhammad Luqman Danish. Maaf Zahir & batin.

Thursday, September 10, 2009

Playing with PERL Hash

simple PERL script utk menunjukkan bagaimana bermain dgn Hash. cara pass hash ke sub/class/function dan cara retrive back value dari parameter/variable yg di terima. simple tapi cukup rasanya menerangkan pengunaan hash. amat berguna.

# init
my %t = (
 1=>'k',
 2=>'l'
);

foreach my $f(keys %t) {
 print $f,'=', $t{$f}, "\n";
}
print "\n";

# process
my $t = &passHash(\%t);

foreach my $f(keys %$t) {
 print $f,'=', $t->{$f}, "\n";
}
print "\n";

# copy
my %k = %$t;
foreach my $f(keys %k) {
 print $f,'=', $k{$f}, "\n";
}
print "\n";


sub passHash {
 my $r = shift;
 $r->{3} = 'new';
 return \%$r;
}

Wednesday, September 9, 2009

Perkerjaan yg pernah aku lakukan

tetiba aku teringatkan pekerjaan2 yg pernah aku lakukan satu ketika dulu hingga la kini... yg pasti semua pekerjaan itu mengharapkan bayaran..

Aku pernah:

  • Jual mee siput(mee sanggul), kacang sira, kerepek sira masa zaman sekolah rendah dulu.
  • Jual peyek/tumpee & mee siput dari rumah ke rumah naik basikal.
  • Jual peyek/tumpee & mee siput dkt court badminton berhampiran rumah waktu malam bila ada org main badminton.
  • Kutip biji getah pastu jual kat tokei cina yg nak buat benih pokok getah. sekilo dia ambik 4osen. kalau 10 kilo dpt la Rm4... masa tu dah kira beso dah.
  • Jual shuttlecock terpakai yg abg aku dpt masa piala thomas kat KL dulu...
  • Jual pelbagai jenis poster.
  • Tolong member aku jual burger.
  • Tolong jaga warung makcik member.
  • Jadi jurulatih Sofbol x bertauliah sekolah lepas SPM.
  • Ambik upah angkat kayu/papan utk org buat rumah...ni yg keje x sampai sehari pastu abah jemput sebab dpt surat dari UiTM. hehehhe..
  • Tolong member buat networking computer. pintal cable UTP sampai naik keras jari2 tangan aku. pasang conduit. tebuk dinding... etc...
  • Jadi driver + tukang angkat barang dari dlm lori.

Dan sekarang ni pekerjaan tetap aku adalah sebagai seorg computer programmer. Dlm bahasa melayu nya pengaturcara komputer. dan ada kerja2 yg pernah aku lakukan dulu aku masih lakukan sebagai hobby atau sekadar menolong mereka2 yg masih memerlukan pertolongan aku.

Aku juga pernah:

  • Menoreh Getah (sampai sekarang ni wife aku x percaya yg aku pernah menoreh getah... siap aku tunjuk kebun nya pun dia ckp aku tipu... hahahahhahaa)
  • Cari Ramban(rumput utk makanan kambing + lembu)
  • Mengembala kambing & lembu(aku pernah kene seret dgn lembu bilamana tali yg mengikat lembu berbelit di tangan aku dan lembu tu lari sebab terkejutkan apa ntah... aku kene seret dlm kebuh kelapa sawit..dengan duri2 sawit menyucuk2 badan aku... tuhan je yg tau rasanya waktu tu.. sib abik x putus jari aku)
  • Gali lubang utk tanam anak keladi. setiap lubang dlm nya lebih 1 kaki. dan setiap hari jumlah lubang yg perlu dikorek dlm 100 lubang... bayangkan....
  • Packing tahi kambing utk dijadikan baja dan dijual. smell good...hehehehe

yg ni mostly aku buat utk membantu keluarga. ketawa sorg2 bila pikir balik yg aku pernah buat semua tu... sekarang ni menyangkul rumpun depan rumah skit pun tangan aku dah start pecah. isk.... lembut betul.. hehehehhee

setiap pekerjaan yg aku pernah lakukan memberi pengajaran yg cukup bermakna kepada aku. dari sudut pandangan masayrakat hingga la pulangan yg diterima. ada yg berbaloi... ada yg x berbaloi... ada yg dibayar... ada yg X DIBAYAR.... tapi pengalaman yg aku dpt... cukup bermakna....

Tuesday, September 8, 2009

Servis kereta sebelum balik kampung

esok plan nak servis kereta.

normal servis : minyak engine + oil filter + air filter + fuel filter(x pernah ganti selama aku pakai kete ni)
xtra servis : brake pump + brake shoes

* nak kene check distributor & timing... kete asyik mati2 jer...

Monday, September 7, 2009

Mama's DIY mini fish pond

DIY utk mama. 1st time buat... hehehhe .. plan asal nak pakai varnish biar cantik... tapi request nak pakai cat jer... ikut je la... kurang skit finishingnya pakai cat ni.

Kos x byk sgt. mama dah sediakan papan
12x7.5x3/4 = 2 keping
8x7.5x3/4 = 1 keping
bahan2 lain mmg dah ada dlm store or simpanan aku. so save budget kat situ..