Tuesday, April 19, 2011

Keputusan Besar....

Antara Keputusan besar yg perlu aku buat selepas aku buat keputusan utk kahwin....

sebelum dan selepas.....

ada dan akan tiada...

......

...........................

akan ada org yg kata aku manja... terlalu selesa didalam comfort zone aku....

akan ada org kata aku mengada-ngada.....

akan ada org kata aku ikutkan hati......

.............................

Tuesday, April 5, 2011

Javascript Replace Function

Salam..

function simple tapi ada kelemahan ketara.

sebagai contoh kalau kita nak buang koma dari satu pembolehubah bernombor.

var datadgnkoma = "1,234,567";
peratus = datadgnkoma.replace(',','');
akan menghasilkan
1234

kalau ikutkan kefahaman kita, mesti kita mebayangkan angka 1234567... tapi function javascript kat ni hanya buang koma pertama sahaja dan mengambil angka sebelum dan selepas koma.

Tapi kalau kita ubah function replace ini dgn mengunakan REGEXP... kita akan dpt apa yg kita mahukan...

var datadgnkoma = "1,234,567";
peratus = datadgnkoma.replace(/\,/g,'');
akan menghasilkan
1234567

Happy Coding

Friday, April 1, 2011

Alhamdulillah & Syukur

Syukur & Alhamdulillah...

seperti yg telah dijanjikan kepada aku... mulai bulan ini aku akan menikmati tangga gaji yg baru.... as aku cek kat maybank2u td ni... gaji dah di bank in cuma masih floating lg... and angka yg terpapar melegakan aku.... may be x sebanyak gaji2 mereka2 di luar sana... tapi pertambahan 25% dari bulan lepas dan total dari yg dijanjikan menjadi 65% dari sebelum ini...

Alhamdulillah,,,, syukur... semoga dimurahkan rezeki lg....

*next week aku akan berkampung di sarawak selama seminggu lebeh..... hehehhe .. last week 4 hari stay kat kuching.... nanti aku update story kat kuching

Sunday, March 20, 2011

Elections...

DUN Sarawak akan dibubarkan isnin ini... ini menandakan yg kerja yg byk menanti aku sehingga hari mengundi nanti...

my political view? aku atas pagar... jgn drag aku kekancah politik ... aku belum bersedia...

tugasan aku hanya melkasanakan amanah yg diberikan.

Next week may be selasa aku kene turun sarawak.... and then mcm biasa penamaan calon sehingga hari mengundi aku terpaksa berkampung di sarawak...

Sarawak merupakan cabaran yg besar bagi aku... sebelum ini di galas, tenang, merlimau & kerdau... hanyalah pilihanraya kecil shj. tetapi utk sarawak, ia adalah pilihanraya negeri... setakat ni ada 71 DUN .... and x rasmimya ada 800++ daerah mengundi dah beribu saluran....

bentuk muka bumi & kemudahan komunikasi merupakan cabaran utama aku yg paling besar... doakan aku dpt melunaskan tanggungjawab yg diberikan dengan jayanya... amin...

Friday, February 18, 2011

my workstation [office]

kalau sebelum ni workstation aku kat rumah... ni aku post plak gambar workstation aku kat opis..

selari dgn workload yg semakin bertambah...

my workstation [updated]

sebelum ni ada post pasal aku punya workstation kat rumah...

aku baru sempat snap gambar...

simple jer.. sebelum ni aku mmg x ada tpt khusus kalau nak buat kerja kat rumah... janji dan je... meja makan .. sofa.... janji leh letak punggung aku buat tempat kerja aku..

bila dah ada tpt sendiri ni selesa skit nak ngadap komputer...

x la grand sgt... tapi cukup bg aku jika compare kan dgn sebelum ni... hehehehe... peace...

Thursday, February 10, 2011

new place, new env, new working style...

bermula dari pertengahan bulan lepas, aku berpindah pejabat. dari seksyen 13 shah alam ke kota kemuning shah alam.

syarikat? masih disyarikat yg sama tapi disebabkan syarikat telah merge dgn satu lg syarikat lain.

setakat ini walaupun ada perubahan dari cara bekerja, aku masih boleh menerima susana kerja baru ini. al maklumla sebelum ini ada 2 org jer boss.. sekarang ni dah bertambah lagi sorg.

tempat kerja boleh dikatakan lebih selesa. alhamdulillah.

cuma aku sedang menantikan berakhirnya bulan march. sebab bermulanya tangga gaji baru utk aku... kalau ikut seperti yg diberitahu la... mintak2 yg terbaik.... amin...

kelamkabut skit kebelakangan ini.. out station ke tenang... di sertakan dgn banjir besar yang menghalang aku dari meninggalkan pekan labis... hahahah pengalaman betul....

next... merlimau plak.... x sure camna arrangment nya... rasanya aku kene turun gak utk handle system dari ground....

apapun pray for me... semoga 2011 lebih baik dari tahun2 sebeum ini... amin